`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, May 13, 2016

ALAMAKK...KITA PULAK YANG TOLONG BAYAR?

Hairan, kenapa masih tiada penafian?

Jauh sekali ada ancaman mahu mengambil tindakan saman, malah tiada langsung pemimpin UMNO yang tampil mempertahankannya.

Apakah semua orang sudah malas dan letih untuk mempertahankan Najib Razak dan keluarganya yang tidak henti-henti dikaitkan dengan kehilangan wang daripada 1MDB?
Selepas beberapa siri pendedahan sebelum ini, semalam The Wall Street Journal atau WSJ dalam artikel bertajuk "Malaysia Leader Najib's Stepson Allegedly Funded US Property Deal With 1MDB Money" mendedahkan sejumlah AS$50 juta wang 1MDB dilencongkan ke akaun anak tiri Najib, Riza Aziz untuk kegunaannya membeli dua kediaman mewah di Amerika Syarikat.

Dua kediaman tersebut, satu kondominium mewah di Park Laurel,  New York berharga AS$33.5 juta dan sebuah rumah agam di Beverly Hill bernilai AS$17.5 juta.

Menurut dokumen yang didakwa dilihat oleh WSJ serta maklumat individu berkaitan hal tersebut, pembelian kedua-dua hartanah itu kini sedang disiasat oleh pihak FBI.

Apa risikonya jika terbukti pendedahan WSJ ini adalah benar dan penyiasatan oleh FBI pula mengesahkan wang membeli dua kediaman  Riza Aziz tersebut memang bersumberkan daripada 1MDB?

Seperti yang kita sedia maklum, 1MDB memperolehi semua wangnya dengan cara berhutang di sana sini dan jika dikaitkan dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Muhammad Ibrahim bahawa beliau yakin kerajaan akan menjelaskan semua hutangnya berkaitan 1MDB, bermakna pembelian rumah mewah anak tiri Najib itu adalah antara beban yang akhirnya turut dibayar daripada wang kita semua sebagai pembayar cukai.

Alamakkk...kita yang tolong bayar ini pula sesetengahnya rumah pun masih menyewa lagi!! (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.