Esok satu artikel mengenai politik akan diterbitkan. Artikel itu saya tulis seminggu yang lalu ketika saya pulang dari Sarawak. Ianya impresi saya mengenai PRN Sarawak. Ianya artikel yang berjadual. Salah satu ciri penulisan blog ialah terdapat satu feature dimana posting boleh dijadualkan. Suatu artikel boleh ditulis terdahulu dan disiarkan kemudian.
Tapi hari ini, saya mahu upload article yang bukan politik. Terlalu banyak menulis mengenai politik agak menjemukan. Maka saya rasa, elok saya menulis mengenai perkara yang kurang menaikkan tekanan darah.
Ianya mengenai kawasan saya Raub. Saya mahu mempromosi Raub sebagai suatu destinasi untuk orang ramai berkunjung . Raub bukanlah satu tempat yang hanya terkenal kerana musang King nya atau lombong emas Bukit Koman yang penuh dengan kontroversi.

Setiap hari minggu, kita boleh melawat pasar minggu bandar Raub. Ianya juga routine saya setiap hari minggu untuk berkunjung dan bertegur sapa dengan penjaja dan orang ramai. Pasar minggu ini diadakan diseberang jalan dihadapan Rest House Raub. Penjaja dari seluruh daerah Raub akan menjaja hasil mahsul mereka di pasar minggu ini.
Dan Raub sebenarnya mengadakan pasar minggu atau pekan sehari (pekan sari) pada setiap hari. Petang Selasa, kita boleh berkunjung di Pekan Dong. Petang Khamis kita boleh berkunjung di Bukit Koman. Kita boleh melawat pada hari2 mana pun dalam dareah Raub, pasti ada Pekan sehari.
penjaja asam keping. sebelah kanan. Dalam tupperware itu suatu jenis sambal yang dinamakan asam rong. Pelbagai macam kuih tradisional ditawarkan. sayang sekali, hari ini penjual putu piring tidak ada. sudah 3 minggu tidak kelihatan.
Penjual sayur di pasar minggu menjual pelbagai jenis sayuran. Jika tidak ada meja, penjaja menjual diatas 'lantai' beralaskan plastik.
sayur kulat yang dikutip untuk jualan. Penjualan buah kelapa style old school.
sayur pucuk paku enak dijadikan kerabu pucuk paku. Halia dan mentimun. Bunga Kantan banyak terdapat didaerah raub terutama di Kampung Tamalian Ulu Dong.
Sebelah kiri- ikan pekasam kegemaran penduduk Raub. juga digemari pengunjung dari luar Raub.
Gambar kanan, dibelakang piringan Rebung, terdapat delicacy orang Raub- kulit kerbau. Ia juga dikenali sebagai belulang. Terima kasih kepada pembaca yang mengingat saya.
saya sudah merasai masakan versi gulai tempoyak bersama dengan seorang teman. itu merupakan pengalaman pertama kami makan kulit kerbau atau belulang. Walaupun saya orang Pahang, itu juga pengalaman pertama saya memakan kulit kerbau. Ia mempunyai texture agar2 keras.
Makcik menjual pisang dari kebun sendiri. pisang organik baja asli tanpa penggunaan racun. sebelah kanan- cara mematikan ikan keli-dengan memposisikan penyengat dicelah tangan, kepala keli dipatahkan.

Kalau pembaca yang budiman ada kelapangan, silalah berkunjung ke Raub. Dan pembaca boleh membuat hasil pengamatan yang sendiri dan peribadi mengenai status ekonomi warga penjaja pekan sehari Raub ini. Datanglah- Raub hanya satu jam setengah dari Kuala Lumpur.
Mohon maaf susunan gambar tidak rapi. Saya tidak mahir dalam perkara ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.