`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 23, 2016

'Saya tulis surat ketika di mahkamah,' kata Anwar

Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau telah menulis surat sewaktu di mahkamah untuk didedikasikan kepada pemimpin pembangkang.

Anwar, 68, berkata surat lapan muka surat itu ditulis dalam bahasa Melayu dan terdapat bahasa Inggeris pada pertengahan surat yang telah diterjemahkan oleh portal Malaysiakini.
"Oleh kerana telah tersebar, saya harap semua orang baca," katanya.
Mengulas mengenai surat berkenaan, Anwar berkata, pendirian beliau berhubung kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih kekal.
Bagaimanapun menurutnya, apa yang penting adalah perjuangan untuk rakyat berkaitan isu pendidikan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan kontroversi berhubung isu pengeluar tenaga bebas.
"Pastikan dia (Mahathir) tidak memerintah. Isu-isu seperti kronisme dan rasuah perlu ditangani.
"Pastikan bahawa isu-isu rakyat, yang merupakan isu-isu utama, tidak menyimpang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding rayuannya di Mahkamah Persekutuan semalam.
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan terakhir Anwar untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusuff untuk memberi keterangan bagi membuktikan wujud konspirasi politik dalam sabitan kes Liwat 2 ke atasnya.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zukefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan itu tidak relevan dengan prosiding semakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.