`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 23, 2016

Ugut Gambar Bogel Dan Dijadikan Hamba Seks Di Pulau Tioman.




Pulau Tioman, 23 Mei - Seorang gadis 17 tahun di Pulau Tioman yang dipercayai menjadi hamba seks kepada sekumpulan rakannya sebelam beberapa bulan selepas mereka mengugut untuk menyebarkan video hubungan intim dan gambar bogelnya, lapor Guang Ming Daily.

Pengalaman pahit gadis itu bagaimanapun diketahui pada Khamis lepas setelah gurunya ternampak gambar dan video terbabit viral di media sosial.

Menurut ayah kepada gadis itu, mangsa dikatakan dirogol beramai-ramai pada Mac setelah dia pengsan kerana meminum air yang ditawarkan oleh rakan-rakannya itu.

Bapa gadis itu juga mendakwa suspek mengambil gambar dan video ketika kejadian itu dan mengugut mangsa untuk menyebarkannya jika dia tidak mahu mengadakan hubungan bersama mereka.

Selain itu dipercayai mangsa bimbang jika ayahnya akan memarahinya jika tahu mengenai perkara ini, jadi dia hanya menurut kehendak rakan-rakannya itu, lapor The Star Online.

Bapa gadis itu kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdulah berkata enam suspek, termasuk seorang wanita ditahan susulan laporan yang dibuat. (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.