`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 11, 2016

JAWAPAN ‘OXFORD’ KHAIRY JAMALUDDIN

MCA: UMNO HANYA JAGUH KAMPUNG
Umno menjadi punca di sebalik kejatuhan BN kerana lebih mengutamakan survival sendiri dan menikmati sokongan pengundi luar bandar di kawasan majoriti Melayu dengan mengorbankan rakan-rakan gabungannya, kata MCA.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker berkata, kecenderungan Umno untuk menjadi jaguh kampung telah menyebabkan kekalahan BN di kawasan bandar.
Ujar beliau, tidak berguna jika BN terus menjadi wira kampung , bersorak di luar bandar tetapi terpaksa menggadai kerusi bandar sebagai balasan-Malaysiakini
JAWAPAN KHAIRY:
Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,Khairy Jamaluddin telah memberikan jawapan “Oxford” kepada kritikan saya terhadapnya kerana membiarkan general-generalnya terus memainkan politik kekampungan untuk mendapat sokongan di kalangan orang Melayu dan Islam.
Maksud saya politik kekampungan ialah mencari kekuatan dengan membangunkan ketakutan dan ketidakyakinan di kalangan orang Melayu dan Islam atas isu-isu yang bersifat bogey dan kesamaran sedangkan sekarang seluruh rakyat melampaui batas kaum berkongsi kebimbangan yang sama dalam isu lebih besar yang melupakan mereka dari isu perkauman.
Khairy berpura-pura tidak nampak hal ini kerana berasaskan kepada kenyataannya di Utusan Malaysia hari ini” kita serasi dengan kampung dan kita mempunyai kekuatan sendiri di kampung.”
Ini tidak boleh dinapikan dan merupakan suatu jawapan poltik yang bijak,tajam,tepat ,realis dan berkualiti dari seorang yang berkelayakan Universiti Oxford.
Mustahil Khairy tidak faham apa yang tersirat dari kenyataan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker bahawa “telah berlalu hari- hari di mana UMNO boleh menunjukkan jari kepada golongan minority dengan mempamerkan kekuatan dan menjerit supaya Melayu dan Islam bersatu untuk menentang orang lain.Keyakinan di kalangan orang Melayu sekarang membolehkan mereka berfikir di luar kotak atau feudalistics.”
Walaupun termasuk dalam keyakinan ini tetapi sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,Khairy tidak dapat dapat memenuhi hasrat rakyat walaupun diluar bidang politik seperti melantik peneraju FAM yang bukan dari kalangan kerabat diraja walaupun disedarinya bahawa hal ini telah menjadi halangan besar kepada kemajuan bola sepak negara.
Khairy tidak kehadapan dalam permainan politik kekampungan yang berpandu kepada pemikiran yang cetek tetapi menampilkan general-generalnya untuk memburukan tokoh-tokoh profesional negara yang mahu membantu menegakkan kerajaan yang bersih.
Dengan lapuran “buruk” mengenai mereka dibuat kepada polis, kalangan profesional ini digambarkan seolah -olah akan membunuh masa depan Melayu sebaliknya mereka inilah yang diharapkan oleh orang Melayu untuk mengangkat maruah Melayu.
Khairy tidak berani untuk mengambil kesempatan dari kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara untuk bertindak sesuai dengan citarasa kebangkitan generasi Melayu baru yang mahukan kepada kepimpinan yang berwibawa, bersih, cekap dan amanah
Khairy berada dalam krisis keyakinan diri untuk bertindak berani saamada mengambil risiko melancarkan suatu revolusi dalaman atau meneruskan tradisi evolusi politik cara UMNO untuk survival politiknya.
Bagi saya ,pastinya Khairy tidak akan berani melawan arus.
Maka itu untuk suatu jangka masa yang panjang , Malaysia tidak akan dapat melihat suatu revolusi sosial dan politik yang dinamik, kecuali jika parti-parti pembangkang bersetiakawan bagi membangkitkan gelombang besar yang boleh menjatuhkan kerajaan BN pada pilihanraya akan datang.
TERKINI:PENGERUSI UMNO GEYLANG PATAH KELUAR UMNO
Gelang Patah Umno permanent chairperson has announced his resignation from the Malay party during his speech at the division’s delegate meeting earlier today.
“I declare that I am no longer an Umno member during my speech as permanent chairperson at the Gelang Patah Umno Delegate Meeting,” Baharom Abdul Ghani posted on his Facebook page.
Baharom was the founding member of Gelang Patah Umno division which he founded in 1994 and was assemblyperson from 1995 to 2004.
“Umno now is no longer the party for Malays but has become the property of Prime Minister Najib Abdul Razak, and cannot be salvaged anymore,” he wrote further.- Dari Malaysiakini
– zamkata.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.