`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 17, 2017

FGV rugi, imbuhan pegawai tinggi kian melambung

Image result for Felda, FGV, Isa and NajibImage result for Felda, FGV, Isa and Najib

kena tulis juga.
Saya ingat saya mahu berhenti menulis untuk seketika mengenai felda, fgv dan peneroka. Demikianlah sangkaan saya sehinggalah saya melihat dan mendengar bagaimana tidak peka atau insensitive nya pegawai tinggi felda. 

Imbuhan lebih RM2 juta setahun, FGV biar mampus.
Dia ini dapat gaji, yuran dan bonus melebihi RM2 juta setahun. Tapi setelah 2 tahun pun tidak dapat membetulkan keadaan, menyalahkan keadaan luar dunia Felda dan pihak lain.Sambil menikmati makanan disebuah restoren Melayu, memberitahu kawan2 nya, dia tidak boleh buat apa2 mengenai felda dan fgv. Banyak cerita kata nya...

'banyak cerita' itu apa ceritanya?
Kita tidak berminat kepada 'banyak cerita'. Kita pun boleh agak cerita nya- campur tangan pejabat PM, kumpulan yang ada kepentingan dsb. FGV ialah a creature created by the PM after experiencing a wet dream. Tak perlu hendak cerita- dunia pun tahu. Kita hendak tahu, apa yang pengurusan FGV hendak buat? 

Adakah ujudnya 'banyak cerita' itu alasan dan justifikasi kegagalan? Jika tahu, beritahulah dunia. Jangan sembunyikan kebenaran dengan kepalsuan dan jangan sembunyikan kebenaran kalau dah tahu 'banyak cerita'. 

Kepada saya dan juga kepada sesiapa yang mendengarplaintive pleading nya-( itulah dia pun sebenarnya) ini sudah suatu pengakuan bersalah atau admission of guilt. Maka apa yang boleh dilakukan oleh seorang yang berminda demikian ialah untuk berenang mengikut arus- just go with the flow, orang lain balun, aku pun balun. FGV dan Felda ada nun disana untuk diganasi, dirakusi dan diperkosa.  

Dedahkan kemungkaran Felda/FGV dan semua konspirator.
Kepada kita , this will not do. Kita pula akan balun dalam bentuk mendedahkan kemungkaran yang berlaku. Fakta nya, mendapat imbuhan hampir lebih RM2 juta setahun tersangat lumayan. Berbohong dan menyembunyikan kebenaran adalah harga yang sangat kecil yang perlu dibayar berbanding dengan pendapatan lumayan. Lagi pun, menyembunyikan kebenaran ialah isu moral atau ethical dan bukan legal. Tidak menjadi kesalahan legal dan jenayah. Bukan demikian CEO? 

FGV akan di delisting? 
Sekarang ada ura2 mahu di private-kan FGV. FGV menjadi syarikat sendirian berhad. Orang bercakap macam main2 bila mengeluarkan cadangan de-listing. Implikasi nya banyak. 

Adakah FGV menuju kemuflisan? 
Ianya pengakuan bahawa FGV menuju kepada kebengkrapan. kalau share FGV lekat pada harga RM1.50-RM160 berbulan bulan lamanya, Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Saham sudah memberi amaran kepada pengurusan FGV. Ada atau tidak amaran diberi atau kedua dua institusi ini tidur lena? 

Pelabur tidak yakin kepapa pengurusan FGV.
Bila harga mendatar untuk masa yang agak lama, ini bermakna pelabur tidak ada keyakinan keatas FGV. Tidak yakin kepada bisnes plan nya, pengurusan nya, perniagaan nya. Delisting akan mengakibatkan penurunan harga share dan pemegang share, walaupun masih pemilik, akan mendapati pelaburan mereka susut nilai yang teruk. 

GLC kita akan kerugian berbilion Ringgit.
Ini bermakna, GLC kita yang duduk atas potensi kerugian RM7 billion, boleh hilang lebih dari RM7 bilion. sekurang kurang nya EPF telah memotong rugi dengan segera menjual saham nya dalam FGV dan menanggung kerugian. tentu EPF beranggapan, lagi tunggu lama, lagi teruk. 

Apa bursa saham buat? 
Jadi kalau share FGV bertahun trading pada harga RM1.50, itu bermakna harga itulah harga true value FGV. Soalan nya, bagaimana bursa saham kita menerima harga runcit pada RM4.55 yang dicadangkan semasa penyenaraian?

Adakah bursa saham sengaja mencipta harga ini supaya Najib boleh menunjukkan bahawa listing FGV adalah suatu keputusan yang bijak? Apa peranan bank2 pelaburan yang menasihati kerajaan? Adakah mereka berkomplot menyetujui harga retail RM4.55 sedangkan mereka tahu true value ialah ,sememang nya sekitar RM1.55? 

Bank Pelaburan, SC dan Bursa tahu, FGV tidak ada track record.
Sebab nya, trek rekod pengurusan FGV teruk. ia kerugian banyak di Amerika dan Canada. Ia telah ditipu oleh broker2 yang hendak jual kilang Procter and Gamble dan tertipu lagi terpaksa belanja membina kilang di Canada. Kita hendak tahu samaada pegawai pelaburan Felda ketika itu dapat komisyen atau tidak ketika bersetuju membeli kilang2 Procter and Gamble. 

Tidak ada orang menaruh keyakinan tinggi kepada FGV tapi, FGV lah yang dipilih sebagai kenderaan untuk listing Felda Holdings. Felda Holdings yang sebetulnya telur emas angsa. FGV sendiri ialah syarikat yang tidak bermaya. 

Ertinya, peneroka Felda pemilik 51% share suatu ketika dahulu dalam Felda Holdings tertipu dan disamun dengan cerita kehebatan FGV. 

Menjadikan syarikat FGV kepada sendirian berhad, bukan suatu kerja yang murah. Ia akan menelan belanja yang besar. bank pelaburan yang menasihati nya nanti akan caj yuran atau fees yang tinggi. sekali lagi , bank pelaburan akan buat duit dan individu tertentu juga akan mendapat bayaran yang tinggi.

Peneroka Felda kena kelentong sekali lagi. Dahulu ketika disenaraikan, KPF ditendang keluar. wang sogokan sebanyak RM2.2 bilion diberikan sedangkan nilai KPF ketika itu, mengikut analis, lebih RM4 billion. Peneroka bergembira kecuali yang diharamjadahkan. Kita hendak tanya, adakah pemegang saham dalam KPF menikmati hasil dari pemindahan kepentingan KPF kepada FGV? Adakah mereka dapat dividen dan bonus yang luarbiasa tinggi pada tahun 2012? 

Sudahlah demikian, KPF dipaksa beli ladang sawit di Sarawak dengan harga tinggi dari pasaran- iaitu RM1.2 billion. Harga pasaran ketika itu RM750juta. Ada hantu sapu duit RM400 juta. Siasat CEO KPF ketika itu. Hello SPRM- jangan tangkap ikan bilis sahaja.Kenapa beli harga tinggi dari pasaran? 

Kemudian dipaksa beli saham dalam FGV, syarikat yang tendang KPF keluar. Sebab itu saya kata, takde maruah betul KPF. sudahlah diaibkan, kena beli pula saham pihak yang mengaibkan nya. 

Saya cadangkan- jika KPF ada fikiran stratejik, pergi kepada PM dan kata, KPF mahu beli kesemua saham outstanding yakni 2.1889 bilion saham tersebut pada harga sebenar FGV- RM1.80 ke... kemudian buat offer hendak beli saham yang masih ada dalam Felda. Bagaimana membiayai pembelian? dengan wang dalaman dan terbitan bon yang dijamin oleh kerajaan. Jika kerajaan boleh jamin 1MDB mengapa tidak KPF- Melayu punya kan? 

Kemudian KPF evolve itself into KPF Inc dan lantik satu syarikat pengurusan yang baik. Ajak IOI atau United Plantations mengurus bagi pihak nya . atau ajak Wilmar Group. 

tendang semua pegawai FGV dan felda. ambil tindakan undang2 keatas mereka yang menyeleweng. ambil tindakan keatas banker2 pelaburan yang meletakkan harga runcit RM4.55 seunit sedangkan harga sebenar ialah mungkin hanya RM1.80. Ramai orang bikin duit haram ketika itu- para penganalis, inversement bankers, politisyen dll. Gerenti, sebahagian besar nya Melayu yang menjunjung 6 rukun iman dan 5 rukun Islam. 

Biarlah peneroka sedar akan perkara2 ini. Dibawah ini ialah suatu Jadual dengan petunjuk2 kewangan dari FGV. Bacalah, study nombor2 itu dan fahami. Kemudian, bandingkan perasaan yang dicetuskan oleh pembacaan tersebut dengan pembohongan yang dilakukan oleh blogger2 upahan UMNO. 

Walaupun terpampang nyata angka2 yang menunjukkan Felda dan FGV kerugian atau mengering resev nya, pihak kerajaan masih mahu menegakkan benang basah. Jadi jadilah menipunya, agar kita berhenti mendedahkan kebenaran. Please stop the lies and we will stop telling the truth about you. 
 
Faktanya, pengurusan tertinggi Felda dan FGV ialah lintah darat penghisap darah. Imbuhan mereka melambung naik, sedangkan Felda dan FGV kerugian. Sedarlah bahawa kita reward kejayaan, kita tidak reward kegagalan dan incompetence.  

Fakta nya, Felda tidak ada wang. Tapi masih bernafsu hendak beli 37% Eagle High hanya kerana PM mahukan ia terjadi. FGV menanggung kerugian yang makin teruk. 

Bila FGV teruk, Felda sebagai pelabur utama dalam FGV akan dijangkiti teruk nya. Satu hari akan tiba bila Felda tidak ada wang untuk menjalankan tanggung jawab sosial nya. 

Wang untuk bina jalan pertanian, untuk repair jalan, untuk maintain balairaya, dewan serba guna akan berkurangan. Peneroka hendak pinjam duit pun susah. Hendak minta tolong pun sukar. Tapi semasa peneroka susah, felda dan fgv tidak untung, pegawai2 tingginya tetap dibayar lumayan.

Dan setelah membaca, jika masih ada perasaan marah dan dikeciwakan, bawalah perasaan tersebut ke Pilihanraya 14. Gunakan kuasa ditangan untuk menendang keluar kerajaan Perompakrasi Najib. 

Nombor2 dibawah ini menunjukkan perompak menjaga kepentingan perompak. Peneroka biarlah hidup merempat.  

Semenjak Najib ambil alih FGV dan Felda, imbuhan kepada Isa Samad dan CEO FGV naik lebih 66%, manakala pada tempoh yang sama, keuntungan FGV berkurang lebih dari 66%. 









Tahun 2015, untung kasar FGV ialah RM1.8 billion. Tolak cukai, untung bersih ialah RM301 juta. ini hasil dari sektor perladangan. Mengikut perjanjian, Felda dapat 15% dari untung. Jika ianya dikira dari untung bersih, maka pulangan kongsian untung dari FGV untuk felda ialah sekitar RM 45 juta. campur dengan sewa dari ladang sebanyak RM250,000,000 , sekitar 300 juta untuk tahun 2015. bagaimana Felda mahu menampung deficit? 

Adakah minda seorang guru seperti Isa Samad akan meminta kerajaan untuk mengecualikan FGV dari membayar cukai? Atau dia pujuk PM supaya FGV tidak perlu bayar sewa keatas 360,000 hektar tanah Felda Plantations? Ini suatu kemungkinan sebab isa Samad boleh menggunakan hujjah, FGV ialah GLC Melayu juga. Melayu mesti bantu Melayu. 

Atau Isa Samad akan melakukan stunt Najib 26-9 = 15? Isa Samad boleh berdepan dengan peneroka dan berkata- FGV dahulu bayar RM26 billion. tahun ini mereka kata mereka bayar kurang. saya tanya berapa? mereka kata 9 bilion. saya kata- mana boleh. dari 26 billion ke 9 billion. Cannot sebab ada 15 bilion defisit. mana saya mahu cekau defisit RM15 billion? 

Lihat dividen. tahun 2015, dividen ialah 4 sen. peneroka yang memegang 800 unit saham mendapat pulangan divden sebanyak RM32. wow. sungguh baik pelaburan ini. tapi peneroka membayar RM600 setahun keatas pinjaman membeli saham tahun 2012. Masuk RM32, keluar RM600. 

Untung bersih menurun dividen menurun. apa yang Isa dan CEO FGV buat? 

adakah mereka memandori bisness yang kian rugi? mengapa kita harus membayar mereka imbuhan yang tinggi. kita reward kejayaan bukan kegagalan. 
semua mereka ini dapat gaji asas. kemudian ada pula yuran, bonus, elaun. bagaimana kita justify meningkatkan bayaran? 

Yuran untuk Isa Samad meningkat dari RM700,000 dalam tahun 2012 kepada lebih dari RM1.6 juta tahun 2015. Pada masa yang sama, untung bersih FGV menurun dari RM900 juta tahun 2012 kepada RM300 juta tahun 2015. 

Bagaimana kita justify bayaran fee untuk Isa Samad. Apa yang dia lakukan semasa FGV rugi?Dan lihat pada imbuhan kepada CEO. ianya sudah melangkahi batas RM2 juta setahun. Dan apa yang dia boleh lakukan ialah menyatakan dia tidak boleh buat apa2 sebab 'banyak cerita'.

Posted by Ariff Sabri (with permission)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.