`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 31, 2017

Harga minyak ‘mungkin’ naik esok, kata pengusaha


© Provided by MToday News Sdn Bhd petrolPETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dijangka naik lagi mulai esok, kata badan mewakili pemilik stesen minyak.
Bagaimanapun, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berkata pengumuman rasmi hanya akan dikeluarkan pada malam ini.
Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengulas pesanan di media sosial termasuk Whatsapp yang tersebar luas hari ini, yang meramalkan harga petrol RON95 naik 15 sen seliter kepada RM2.25, RON97 naik 5 sen kepada iaitu RM2.45 dan diesel naik 20 sen kepada RM2.25.
“Kemungkinan dijangka naik. Kalau ikut perkiraan, betullah. Tetapi secara rasmi kita tidak dapat lagi,” kata Khairul kepada FMT.
“Susah nak cakaplah. Yang tersebar di aplikasi Whatsapp ini belum rasmi,” katanya.
Bulan lalu, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen.
Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal, mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.
Jenis petrol yang paling banyak digunakan, RON 95, naik harga 2 kali dari September 2016 hingga November 2016, sebelum turun 5 sen pada Disember 2016.
Manakala harga RON97 naik 4 kali dan turun sekali sepanjang April 2016 hingga Januari 2017.
Diesel mengalami kenaikan sebanyak 5 kali dan turun sekali dari Jun 2016 sehingga Januari 2017.
Disember lalu, Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam membayangkan kenaikan harga petrol pada tahun ini, berikutan peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia dan prestasi lemah ringgit berbanding dolar AS.
“Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.