`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 9, 2017

HARGA AYAM NAIK LAGI!

GEORGETOWN – Harga ayam naik kepada RM9 sekilogram sejak tiga hari lalu. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa buah pasar di sekitar Pulau Pinang mendapati kenaikan tersebut bermula daripada RM8.50 sekilogram.
Pembeli, Rosnani Ayob, 32 berkata, dia terkejut apabila mendapati harga ayam proses itu mula naik dalam tempoh dua hari.
“Sebelum tu RM8.50, kemudian naik kepada RM8.80 sekarang RM9 pula, apa yang menakutkan kami sekiranya esok atau lusa ia akan bertambah naik lagi.
“Sebagai pembeli mahupun pengguna sudah tentu kami bimbang dengan keadaan ini kerana ayam adalah barangan harian,” katanya.
Sementara itu peniaga ayam di Pasar Taman Tun Sardon, Khalis Abdul Qudus berkata, kenaikan berkenaan tidak boleh dijangka memandangkan bekalan adalah daripada pemborong.
“Kami tidak boleh nak kata lebih-lebih, mungkin esok harga akan naik atau sebaliknya mungkin turun.
“Pada kami sebagai peniaga, kalau boleh biarlah harga murah saja memandangkan kami pun hendak ayam laku dan cepat dijual.
“Sekarang memang ada pembeli tetapi jualannya agak lambat sedikit kerana ayam naik harga,” katanya.
– Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.