`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 12, 2017

IDRIS HARON: JANGAN POLITIKKAN BANTUAN SAYA KEPADA SPRM

MELAKA 01 August 2015. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka di Hotel Equatorial, Bandar Hilir. NSTP/Khairunisah Lokman
MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menegaskan pembangkang tidak sepatutnya mempolitikkan bantuan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri.
Beliau berkata beliau sentiasa bersikap terbuka sekiranya pihak pembangkang dapat mengemukakan bukti terdapat pegawainya terlibat dengan amalan rasuah dan tidak pernah menghalang mana-mana siasatan terutama daripada SPRM.
Justeru, katanya pihak pembangkang perlu mendapatkan maklumat tepat dan terperinci berkaitan isu itu sebelum membuat sebarang tuduhan, gesaan dan campur tangan dalam pentadbiran serta pengurusan kerajaan negeri.
“Saya lihat pihak pembangkang ini mudah didorong oleh emosi dan hanya meletakkan kepentingan politik semata-mata…jangan main politik. Pergi jaga ahli cawangan yang ada.
“Selaku ketua menteri, saya tidak pernah melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah walaupun mereka adalah pegawai saya,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Semalam sebuah akhbar melaporkan mengenai kehadiran anggota SPRM di pejabat Idris pada Ahad lepas bagi merakam kenyataan berhubung siasatan kes rasuah beberapa pegawai kerajaan negeri Melaka.
Ketika ditemui pemberita semalam, Idris menjelaskan beliau hanya membantu siasatan SPRM terhadap beberapa pegawai kerajaan negeri dan siasatan itu tiada kaitan dengan dirinya.
Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Naib Presiden PKR menerusi kenyataan media semalam mendesak Idris membuat penjelasan mengenai kedatangan SPRM itu sementara Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahri dilaporkan portal parti itu Amanah Daily hari ini sebagai berkata Idris diingatkan supaya ambil peduli isu rasuah yang berlaku.
– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.