`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 21, 2017

Kelantan banjir lagi

Seramai 527 mangsa dipindahkan ke 16 pusat pemindahan di Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
banjir-kelantan
KOTA BHARU: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Kelantan meningkat kepada 527 orang setakat 9 malam ini, berbanding 111 orang petang tadi.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir, sebanyak 16 pusat pemindahan dibuka di 5 jajahan, iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
Di jajahan Kota Bharu, 126 mangsa daripada 93 keluarga dipindahkan ke 4 pusat pemindahan, manakala 109 orang daripada 33 keluarga dipindahkan ke 5 pusat pemindahan di Pasir Mas.
Jajahan Bachok melibatkan 76 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, 75 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di 3 pusat pemindahan di Tanah Merah dan 141 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke 3 pusat pemindahan di Pasir Puteh.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Mohammad Hanafi Maulud ketika dihubungi berkata, kampung yang terbabit dengan banjir itu terletak di kawasan rendah dan mudah dinaiki air apabila hujan lebat.
Mohammad Hanafi berkata, semua sungai utama di negeri ini masih di paras biasa.
Beliau berkata, operasi memindahkan mangsa banjir itu dilakukan secara berperingkat sejak 9 pagi tadi oleh pelbagai agensi terbabit dalam pengurusan banjir.
Katanya, JKM sudah menghantar bekalan makanan serta barangan keperluan lain seperti selimut dan tikar ke semua pusat pemindahan. FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.