`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 10, 2017

Majlis Fatwa Bukan Pengampu, Kenapa DIAM Isu Rasuah 1MDB ?



Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menegaskan bahawa mufti bukan pengampu kerajaan sebaliknya pandangan mereka mengenai 1MDB adalah berdasarkan nas dan ilmu.

Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar mufti ada ketikanya memberikan pendapat yang berbeza dengan pimpinan kerajaan kerana mereka bebas daripada politik.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti berdasarkan kajian dari sumber ilmiah dan bukannya pandangan peribadi semata-mata.
“Sebab itu sebelum ini para mufti pernah memberi teguran seperti isu murtad, konsert hiburan dan virus zika walaupun tidak selari dengan pemerintah,”
Abdul Shukor berkata amat menyedihkan apabila golongan mufti yang ikhlas memberi nasihat berhubung isu haji mabrur yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir akhirnya dituduh dibayar hanya disebabkan pandangan tidak selari dengannya.
“Kita hormat Dr Mahathir sebagai seorang negarawan tetapi beliau jangan sampai campur aduk urusan agama dengan agenda politik kerana apabila gaul sekali dalam satu bakul habis semua terpalit kena (mufti),”
Sabtu lalu Dr Mahathir berkata jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana 1MDB yang digunakan untuk menghantar mereka ke Mekah.

Dr Mahathir berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu katanya golongan mufti telah diampu, di bodek malah tidak lagi bebas bersuara.

Malah katanya apabila seseorang itu menjadi mufti dalam kerajaan mereka perlu memuji pemerintah.

MK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.