`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Friday, January 13, 2017

MANA JANJI GST BOLEH TURUNKAN HARGA BARANG?

SHAH ALAM – Selepas lebih setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), janji yang mengatakan pelaksanaan cukai baharu itu akan meringankan beban rakyat dilihat ‘hanya indah khabar dari rupa’.
Malah kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, rakyat kini semakin dihimpit dengan kenaikan harga barang di samping keadaan pendapatan mereka yang tidak bertambah.
“Di manakah janji kerajaan Umno/BN yang sebelum ini memberi jaminan harga barang akan turun? Malah kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga barang yang sangat membebankan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Aminolhuda, masih terngiang-ngiang ucapan sebahagian pemimpin dan menteri yang mengatakan pelaksanaan GST akan menurunkan harga barang, namun ujarnya lagi perkara sebaliknya yang berlaku.
“Semasa kempen GST sedang rancak dijalankan kerajaan mendakwa tujuan pelaksanaannya untuk mengawal harga barang dan dapat menurunkan harga barang, kerana cukai sebelum guna pakai GST adalah 16 peratus.
“Sudah tentu dengan menggunakan sistem GST yang hanya 6 peratus akan menurunkan harga barang keperluan rakyat! Tetapi hakikatnya harga barangan keperluan rakyat semakin meningkat,” katanya yang juga merupakan Adun Parit Yaani, Johor.
Rentetan itu ujar Aminolhuda, situasi ini menunjukkan kerajaan telah gagal dalam menilai sistem GST dan melaksanakan dasar GST yang menindas ini.
GST dilaksanakan pada 1 April 2015 bagi mengantikan cukai  Cukai Jualan (berkadar 10 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6 peratus) .
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, telah menyatakan sebelum ini, ‘Tanpa GST, ekonomi Malaysia akan lumpuh’.
Kerajaan menyasarkan kutipan GST pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lalu.
– Sinar Harian

No comments:

Post a Comment