`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 17, 2017

Mara terjejas kerana taja The Red Warriors kata Ismail Sabri

TAN Sri Annuar Musa, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, MARA sekali lagi kantoi busuk apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri mengakui bahawa MARA terjejas kerana menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW).


"Kesannya terhadap MARA, kerana kedua-dua (penaja) adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh MARA, iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Bhd. Berapa banyak telah diberikan dan sejak bila akan ditentukan.

"Saya masih menunggu laporan penuh pegawai," kata Ismail Sabri seperti yang dipetik oleh News Strait Times.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, sementara menunggu laporan penuh, setiap penajaan mestilah dihentikan buat sementara waktu," katanya lagi.

Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa dilaporkan sebagai berkata, MARA tidak pernah menaja pasukan bola sepak kelantan, TRW walau satu sen pun


Kenyataan itu dikeluarkan sebagai jawapan kepada Tunku Mahkota Johor yang mendedahkan dokumen menuduh Annuar Musa menyalahgunakan dana MARA dan UniKL.


Dalam pendedahan itu, TMJ mendedahkan dokumen-dokumen bukti bahawa Pelaburan Mara Bhd dan UniKL telah membuat tajaan kepada The Red Warriors Sdn Bhd.

Tan Sri Annuar Musa kemudiannya didedahkan sebagai pengarah dan juga pemegang saham The Red Warrior Sdn Bhd.


Jadi jelas di sini Annuar Musa dilihat sengaja memutar belitkan kenyataan untuk mengelirukan rakyat. Dia kata MARA tak pernah taja TRW walau satu sen pun, sedangkan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd adalah milik penuh MARA.

Pelaburan Mara Bhd — Syarikat milik penuh MARA
UniKL — Universiti milik penuh MARA

Pengerusi MARA — Tan Sri Annuar Musa
Duit MARA — Duit Rakyat Malaysia.

Presiden bola sepak Kelantan, KAFA — Tan Sri Annuar Musa
Pemilik The Red Warriors Sdn Bhd — Tan Sri Annuar Musa

Dari sini jelas berlakunya 'conflict of interest'.


-milosuam

1 comment:

  1. Semoga anuar musa mampos bersama keluarganya di langgar lori babi
    dan semoga kelaknatan melanda dirinya serta keluarganya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.