`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 11, 2017

Peneroka dibawah sistem Perompakrasi.

Image result for felda and FGV

Ini ialah artikel yang ke-10 mengenai isu Felda. Harap artikel2 ini dapat menyedarkan aktivis felda dan peneroka. Saya berharap tulisan ini dapat membuka minda orang Felda supaya memikir masa depan jenerasi ke2 anak peneroka. 

Setelah artikel ini, saya akan berhenti menulis seketika. Saya hanya akan memberi notis memohon bantuan dari pembaca. Pusat Khidmat saya memerlukan sumbangan dalam bentuk pampers dewasa bolehbuang/disposable adult pampers, pakaian2 lebihan, susu analene, beras dan seumpamanya. Barang2 ini akan diagihkan kepada masyarakat dalam daerah Raub tanpa mengira bangsa , kaum dan agama. Saya sedang mengatur senarai penyelaras yang akan menerima sumbangan2 para pembaca. saya berharap mendapat sokongan daripada pembaca untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita peduli akan kesusahan mereka. 

**************************************
Terima kasih. 

Bayangkan- jika ‘peneroka’ yang memiliki 91.2 juta saham FGV menjual kesemua saham mereka bila harga mencecah RM5.30, secara kolektif, peneroka mendapat RM483 juta. Untung mereka setelah tolak kos belian ialah RM68 juta. Tentulah peneroka secara kolektif akan melompat keriangan. Bolehlah mereka melaung Najib pembuka jalan rezeki.

Kakitangan felda yang mendapat 109.4 juta saham, jika menjual pada RM5.30 memperolehi 579.82 millon. Untung setelah tolak kos belian ialah RM82 juta.

Tapi bumiputera yang diperakui oleh MITI dapat 11.5% saham atau 419.50 juta unit. jika mereka ini menjual pada RM5.30, pendapatan mereka ialah 2.223 billion. Untung mereka pada harga RM5.30 ialah 314.27 juta. Mereka ini golongan elit Melayu yang paling kurang ada RM3 juta dalam simpanan bank mereka. Najib tahu mereka boleh beli saham FGV dan bermain dalam pasaran saham. Apalah sangat RM3 juuta jika wang diperolehi dari jawatan KSU, TKSU atau pengarah itu dan ini, ada bermilion. Sehingga tidak tahu mahu simpan dimana. Pemain pasaran saham ini tentu sudah jual ketika harga share FGV mencecah RM5.30. Pemain pasaran saham yang menggunakan nama peneroka pun tentu sudah jual. 

peneroka yang lurus bendul, membeli saham dengan meminjam wang, tersadai telanjang menutup kemaluan dengan tangan.

Keuntungan warga felda kesemua nya( RM150juta) tidak dapat menyamai keuntungan kelompok bumiputera istimewa yang dipilih oleh MITI.

Jadi kelompok bumiputera mana yang diutamakan oleh Najib? Peneroka yang haramjadah atau kelompok istimewa yang tidak pernah pun menjenguk mana2 rancangan felda?

Sepatutnya sudah jelas dan terang kepada peneroka felda, siapa yang Najib utamakan.

Ternyata, dalam penyenaraian pun, warga felda- peneroka dan perkerja dipinggirkan. Itulah rasmi yang mewarnai urusan niaga  felda dan fgv seterusnya- yakni warga felda dipinggirkan dan dibelakangkan.

Itu juga dasar najib. Mengutamakan elit Melayu dan meminggirkan rakyat biasa. Dalam kes ini, warga felda.

Itupun orang Felda melompat kegembiraan bersorak berpasal, menyatakan Najib ialah pilihan Tuhan.

jika peneroka diutamakan, tentulah mereka mendapat bahagian terbesar dalam FGV. Warga felda- peneroka dan kakitangan , mendapat 5.5% dari jumlah saham yang ditawarkan.

Tapi, warga felda tidak belajar dan sedar- kesusahan peneroka pada peringkat individu janganlah dijadikan alasan untuk mendapat sokongan rakyat secara umum. Bukanlah hanya peneroka yang mengalami kesusahan. Orang diluar sana, tidak kira bangsa, semua mengalami kesusahan yang sama. Mereka juga berdepan dengan kos kehidupan yang meningkat dan sumber pendapatan yang terhad. Orang dibandar ada yang berpendapatan hanya RM500-600 dan mereka memakan, memakai, berlindung dibawah iklim ekonomi yang menekan; harga makanan naik, harga pakaian naik dan harga rumah sungguh menakutkan.

Sebetulnya, jika orang Felda hendak tahu- orang umum melihat masalah orang felda sebagai merengek sahaja. Bertelingkah mengenai kadar perahan- boleh diselesaikan di mahkamah, bersungut mengenai bayaran yang tidak dibuat dalam bulan semasa boleh diselesaikan dengan mendesak pengurusan, elaun sara hidup yang tidak mencukupi,  boleh lagi berbincang dengan pihak Felda.

Ini semua bahan2 merengek sahaja. Kecuali warga Felda menyertai usaha masyarakat dan rakyat yang lebih luas yakni menukar kerajaan yang ada sekarang, barulah, perjuangan orang felda sama dengan perjuangan orang luar felda.

Kalau kita hendak maju, mesti ada keseragaman antara kepentingan warga felda dengan kepentingan rakyat diluar felda.

Masaalah dan musibah yang menimpa warga Felda disebabkan pemimpin negara yang tamak, rasuah, zalim, tidak boleh dipercayai. Melanggar batas kebebasan mengurus negara dan seterusnya.

Keseragaman yang kita maskudkan, ialah warga felda juga mesti ada kebencian terhadap pemimpin yang rasuah, tidak boleh dipercayai, mencuri wang rakyat, menzalimi rakyat, mencabuli kuasa yang ada, dan melanggar batas kebebasan yang kita amanahkan kepada pemimpin. Kita samua mahu benamkan kerajaan yang tidak adil, yang tidak cekap, yang dipimpin oleh pemimpin yang rasuah dan membelakangkan rakyat.

Masalah peneroka ialah masaalah kecil yang merupakan sebahagian dari masaalah yang lebih besar- yakni berada dibawah kerajaan yang mengamalkan amalan perompakrasi. Merompak, melanun dan mencuri. Felda, tanah peneroka, harta benda peneroka, masa depan peneroka semua akan dirompak.

Negara yang maju ialah negara  yang membentuk peraturan2 samaada berpunca dari ajaran agama atau moral, supaya kita tidak melakukan kemungkaran- jangan buat itu dan ini- jangan rasuah, jangan ambil harta rakyat, jangan cabul undang2 , jangan membelakangkan kepercayaan yang diberi. Seruan2 bersifat negatif—jangan itu dan ini lebih mendorong manusia bertindak daripada seruan2 bersifat positif- buat itu dan ini.Secara semula jadi, manusia itu membenci kemungkaran dan lebih memahami bila ianya terjadi.

Usaha warga felda untuk membetulkan kerosakan, untuk membaiki kehidupan mereka pada peringkat individu, mesti beroperasi dibawah system melawan ketidakadilan yang lebih luas. Jka hanya selesai masaalah peringkat felda tanpa menyelesaikan system yang menyebabkan masaalah tersebut, keadaan masyarakat felda tidak akan berubah.

System yang sama juga akan terus meminggirkan warga felda. Felda memutuskan untuk beli eagle high plantations, kepentingan peneroka tidak masuk dalam perhitungan. Felda lebih terdorong oleh kepentingan bisnes peringkat korporat dari mahu membebankan diri memikir masaalah peneroka.

Orang felda mesti ada dalam hati mereka- kebencian terhadap perkara2 yang tidak adil. Kerana ragam dan resam manusia dimana2 serupa- meraka lebih terdorong dan bersemangat untuk memperjuangkan nilai2 yang bersifat anti kemungkaran.

Peneroka felda mesti melihat musibah yang melanda mereka sebagai akibat dari system perompakrasi yang Najib dan UMNO amalkan.

Posted by Ariff Sabri (with permission)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.