`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Monday, January 9, 2017

Plot Bertukar : Adam Tidak Tinggal Sendirian, 2 Abang Ada Bersama Tetapi Melarikan Diri Kerana Sangka Pencuri Masuk Rumah - Jadi Ibu Direman Sia-Sia?

Persoalan di sebalik kejadian kanak-kanak ditinggalkan bersendirian di sebuah rumah di Kampung Parit Buloh, Gemas, di sini, Jumaat lalu, semakin bercelaru apabila siasatan polis mendapati pada waktu itu terdapat dua remaja lelaki di kediaman terbabit. 


Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, remaja berusia 13 dan 14 tahun itu ialah anak kepada wanita berusia 36 tahun yang ditahan kerana mengabaikan Muhammad Adam Khuzaimie Abdullah atau Adam, tiga tahun. 

Beliau berkata, dua remaja itu tidur seawal jam 9 malam sementara Adam ditinggalkan di sebuah bilik. Katanya, sebaik kanak-kanak terbabit menangis jam 12.45 tengah malam, penduduk kampung bergegas ke kediaman itu dan menghubungi polis. 

"Apabila penduduk mengetuk pintu rumah, dua remaja itu menyangkakan perompak dan melarikan diri menerusi pintu belakang. 

"Mereka terlupa Adam berada dalam bilik dan bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit antara lapan hingga 10 jam," katanya. Menurutnya, sejurus pulang keesokan hari, mereka mendapati Adam tiada di rumah dan menghubungi datuk mereka di Felda Jelai. 

"Dua remaja itu bagaimanapun dikejutkan sebaik diberitahu ibu mereka ditahan polis kerana mengabaikan kanak-kanak," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment