`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 23, 2017

RoS batal pendaftaran MyWatch

Sanjeevan mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai pembatalan MyWatch yang berkuat kuasa 14 September 2016.
sanjeevanPETALING JAYA: Dua bulan selepas kenderaannya disita pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Datuk R Sri Sanjeevan memaklumkan pendaftaran MyWatch dibatalkan Jabatan Pendaftaran (RoS).
Sanjeevan berkata, beliau hanya mendapat tahu Jabatan Pendaftaran (RoS) membatalkan pendaftaran badan pemantau jenayah itu pada September lalu melalui Twitter, tetapi mempersoalkan kegagalan RoS menghantar notis rasmi kepadanya.
“Saya menulis surat kepada RoS dan Kementerian Dalam Negeri berhubung perkara ini, tetapi tiada jawapan diberikan sejak lebih 2 bulan lalu,” katanya kepada FMT.
Beliau turut mendakwa sudah pergi ke ibu pejabat RoS di Putrajaya, Rabu lalu, untuk mendapatkan penjelasan.
“Mereka tanya saya kenapa MyWatch masih beroperasi walaupun sudah dibatalkan pendaftarannya. Saya tanya mereka balik, sejak bila dan kenapa ia dibatalkan.
“Kenapa tiada surat rasmi dihantar kepada kami?”
Sanjeevan berkata, pihak berkuasa boleh menghantar notis pembatalan kepadanya kerana mereka mempunyai alamat rumah dan pejabatnya ketika menahannya tahun lalu.
Beliau turut mendakwa sudah membuat rayuan berhubung pembatalan itu lebih sebulan lalu, tetapi belum menerima jawapan RoS.
Hasil pemeriksaan dengan RoS mendapati MyWatch yang ditubuhkan pada 2012, dibatalkan pendaftarannya berkuat kuasa 14 September 2016.
FMT cuba menghubungi Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini, namun gagal.
Sanjeevan berdepan sekurang-kurangnya 14 pertuduhan jenayah, termasuk pemalsuan, penipuan, fitnah dan pengubahan wang haram.
Kali pertama beliau ditahan pada 22 Jun 2016 atas dakwaan memeras ugut “wang perlindungan” RM25,000 daripada seorang pengendali perniagaan nombor ekor.
November tahun lalu, siasatan terhadap Sanjeevan untuk kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram menyebabkan semua kenderaan yang didaftarkan di bawah namanya disita pihak berkuasa. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.