`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Wednesday, July 5, 2017

Gambar 'Gadis Shell' kena raba dapat liputan antarabangsa

MEMALUKAN, kejadian beberapa lelaki membuat aksi lucah meraba bahagian sulit gambar 'gadis Shell' baru-baru ini turut mendapat liputan sumber berita antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) sekaligus menjadikan isu itu mendapat liputan seluruh dunia.


Sumber berita itu melaporkan, Shell kini menurunkan gambar seorang kakitangan wanita bersaiz 'hidup' daripada semua stesen minyak petrol cawangannya di seluruh Malaysia selepas gambar tidak senonoh tersebar di atas talian.

Foto beberapa lelaki mencium gambar figura itu, memegang tangannya, dan menyentuh dada serta kelengkangnya telah menjadi tular di laman sosial Facebook dan beberapa media sosial lain lapor BBC.

Malaysia merupakan sebuah negara majoriti Islam, yang memperlihatkan peningkatan konservatif agama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Shell berkata tindakan itu bercanggah dengan budaya tempatan dan nilai-nilai syarikat itu sendiri.

Gergasi tenaga itu, yang mempunyai lebih daripada 950 cawangan di Malaysia, berkata ia tidak akan membiarkan "kelakuan tidak senonoh dan lucah" yang disebutkannya sebagai "tidak sopan".

"Kami menyeru netizen dan anggota masyarakat untuk berhenti daripada terus mengongsikan imej-imej ini," sambil mengkritik tindakan lelaki-lelaki berkenaan sebagai "berkelakuan ekstrem".

Iklan yang menggunakan figura wanita berusia 25 tahun itu, memakai pakaian t-shirt berwarna merah dan berseluar hitam serta memakai tudung hitam.

Wanita terbabit sebelum ini memberitahu akhbar tempatan The Star, bahawa dirinya merasa terhina dengan gambar-gambar (yang tersebar) itu.

"Mereka mungkin sekadar bergurau, tapi saya rasa terhina sebab (figura) itu masih lagi diri saya sendiri walaupun ia hanyalah sekadar gambar," katanya.

Salah seorang lelaki yang mengirim video berdurasi empat minit di Facebook, merakam aksi dirinya mencium potongan cardboard itu sebelum ini dilaporkan sudah memohon maaf.

Sumber — BBC


-milosuam

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete