`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 25, 2017

JAMAL ADA SENJATA RAMPAS DUN SEKINCHAN

KUALA LUMPUR – BN mendakwa bakal menguasai dan memenangi semula kerusi Dun Sekinchan, yang kini kubu DAP, pada PRU14.
Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, melihat kepada momentum sekarang BN ada peluang besar untuk merampas kembali Dun berkenaan.
“Saya memberi janji kepada semua penduduk Sekinchan walaupun tiga kali Dun sekinchan kalah tapi kali ini saya akan rampas daripada tangan DAP.
“Saya yakin 100 peratus kemenangan bakal berpihak kepada BN dan sudah pasti kami ada senjata rahsia,” katanya kepada media di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Jamal hadir ke Kedutaan Indonesia bagi menyerahkan memorandum bantahan susulan tindakan pihak berkuasa Indonesia yang menembak dan merampas bot nelayan Sekinchan baru-baru ini.
Justeru katanya, pihaknya telah menggerakkan langkah menghadapi PRU14 terutama di Dun Sekinchan yang menyaksikan BN kehilangan kerusi itu sejak tiga penggal lalu.
“Kami telah fokus untuk gerak jentera dan sekarang kami sudah berjaya mengenal pasti pengundi di Sekinchan,” katanya.
Kerusi Dun Sekinchan kini disandang Ng Suee Lim daripada DAP.
Ng Suee Lim menang dengan majoriti 2,239 mengalahkan Kek Seng Hooi daripada BN (MCA).
Dun Sekinchan mempunyai seramai 16,247 jumlah pengundi.
– SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.