`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 25, 2017

Azalina dibidas beri jawapan ‘sampah’ mengenai kos Rosmah ke London

Teo Nie Ching berkata seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan perbelanjaan tinggi sehingga tidak boleh diterima rakyat.
Teo-Nie-Ching-Azalina-OthmanKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching membidas jawapan Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat berkenaan kos lawatan isteri perdana menteri ke London, menyifatkannya jawapan “sampah”.
Teo sebelum ini bertanyakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kos, butiran perjalanan dan hasil lawatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke London, dalam rombongan yang turut diiringi Azalina dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata dalam jawapan bertulisnya, Azalina, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri “tidak jawab dengan jelas”.
“Berapakah duit yang digunakan Rosmah dan dua lagi menteri dalam perjalanan ke London. Soalan saya, adakah wang itu berjumlah RM1 juta atau RM2 juta.
“Kalau Azalina boleh gunakan 3 muka surat untuk beritahu hasil lawatan Rosmah ke sana, kenapa tidak boleh beritahu sebaris dalam kenyataan bertulis berapa kosnya?” katanya kepada wartawan di bangunan Parlimen hari ini.
Rosmah melawat London sebagai penaung program Permata pada 4 hingga 10 Mei lalu.
Azalina dalam jawapan bertulis memberitahu kos lawatan itu dipersetujui Kabinet memlalui memorandum kabinet yang dibentangkan 26 April lalu menggunakan peruntukan sedia ada Jabatan Perdana Menteri.
Teo berkata jawapan Azalina yang tidak mendedahkan kos perjalanan Rosmah seolah-olah cuba menyembunyikan perbelanjaan tinggi sehingga tidak boleh diterima rakyat.
“Kalau Azalina yakin dalam lawatan ke London ini cukup mengagumkan, kenapa tidak boleh beritahu kosnya. Adakah kosnya sangat melampau hingga tidak boleh diterima rakyat?
“Apa masalah Azalina, saya hanya tanyakan soalan mudah kenapa tidak boleh beritahu kosnya. Ini menunjukkan walaupun Dewan Rakyat kita pada hari ini semakin selesa, namum rakyat tidak dapat apa-apa maklumat dari sesi Dewan Rakyat ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.