`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 18, 2017

HADI KINI KAWAN BAIK NAJIB, SINDIR KIT SIANG

PEMIMPIN veteren DAP, Lim Kit Siang dilihat seolah memberi sindiran mengenai hubungan baik yang terjalin antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Najib Razak.
Sindiran pemimpin itu dilakukan dalam ucapannya apabila mengulas mengenai situasi yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Beliau berkata, pakatan pembangkang dahulu mempunyai cita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya.
Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila keputusan pilihan raya umum itu tidak menyebelahi pembangkang kerana kehilangan sistem demokrasi di Malaysia.
Katanya, pembubaran gabungan pembangkang terdahulu memburukkan lagi keadaan.
“Kita hilang keyakinan selepas PRU13 dimana kita pada masa itu mahu tawan Putrajaya. Rakyat mahu ubah tapi sistem tidak demokratik. Hasilnya, Najib memperolehi 47% sokongan pengundi tapi dapat 60% kerusi Parlimen.
“Khasnya selepas tiada lagi pakatan rakyat dan Hadi jadi kawan karib kepada Najib Razak,” katanya dalam ceramah jelajah 1MDB Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam malam tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata dengan barisan PH iaitu Bersatu, DAP, PKR dan Amanah ia bakal mengubah landskap politik Malaysia.
Ceramah “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” merupakan jelajah mengenai penerangan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini masuk siri kedua.
Kira-kira 500 orang menghadiri ceramah tersebut dimana ia menampilkan barisan pemimpin PH sebagai speaker antaranya Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Dr Mahathir Mohamad.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.