`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Friday, July 7, 2017

Iklan Shell: Isma dan budaya patriarki

Adakah Isma secara terbuka mempertahankan tindakan mereka yang sekaligus menunjukkan betapa cetek pemikiran dan tiada sensitiviti dalam mempertahankan martabat wanita dengan budaya patriarki yang sepatutnya sudah lama terkubur?
KOMEN
Iklan-Shell-IsmaOleh Haissazc Shuqkin Hisham
Dalam dunia penuh dengan persaingan kompetitif, memberi peluang sama rata kepada semua manusia tanpa mengira warna kulit, pemikiran, kaum, agama, malah jantina amat penting bagi mengembangkan potensi mereka yang akan memberi kelebihan besar kepada negara kita.
Namun, dalam usaha kita menuju ke arah sebuah negara maju, bukan sahaja dari segi inovasi dan teknologi, malah dari aspek sosiobudaya pelbagai, sesetengah daripada kita dilihat semakin mundur ke arah mentaliti zaman jahiliah yang mengamalkan budaya patriarki, merendahkan martabat wanita secara terbuka!
Kita dikejutkan dengan tindakan berunsur seksisme, di mana beberapa lelaki melakukan “pencabulan” terhadap “cut-out board” yang menunjukkan imej wanita di salah sebuah stesen minyak di negara kita.
Di manakah nilai ketamadunan yang sepatutnya ada pada setiap diri insan bergelar rakyat Malaysia? Yang lebih mendukacitakan, kejadian ini berlaku dikatakan berpunca daripada salah model tersebut dan juga syarikat minyak berkenaan.
Isma, sebuah pertubuhan mewakili Islam, dengan lantang mengatakan kejadian ini berikutan tindakan syarikat minyak tersebut menggunakan model wanita berkenaan sebagai alat melariskan jualan produk.
Yang lebih memeranjatkan lagi apabila presiden ISMA sendiri mengeluarkan kenyataan sudah menjadi fitrah seorang lelaki mudah terangsang apabila melihat perempuan, walaupun menjaga pandangan dan mengawal tingkah laku.
Adakah ini kualiti yang ada pada sebuah pertubuhan mewakili umat Islam di Malaysia secara terbuka masih mempertahankan tindakan mereka yang sekaligus menunjukkan betapa cetek pemikiran dan tiada sensitiviti dalam mempertahankan martabat wanita dengan budaya patriarki yang sepatutnya sudah lama terkubur?
Ini bukan kali pertama budaya patriarki dan seksisme menjadi tular di negara kita. Atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi didiskriminasi dengan cara berpakaian yang menampakkan lurah di saat beliau menghadiahkan kilauan pingat emas buat negara di Sukan Sea pada edisi lepas.
Hajar Nur Asyiqin juga tidak terkecuali kerana tidak memakai tudung selepas diumumkan sebagai penerima biasiswa Bank Negara Malaysia.
Bila kita berbicara tentang perubahan, fokus utama yang sentiasa menjadi tumpuan adalah tadbir urus kerajaan dan budaya politik yang semakin tidak relevan. Namun, kita sering terlepas pandang untuk berdebat atau berbicara akan soal isu sensitif seperti budaya patriarki dan seksisme yang sudah lama berakar mendap dalam norma kehidupan rakyat Malaysia.
Pemikiran kuno seperti dibawakan Isma adalah satu perkara harus dibuang jauh dan ini boleh dilakukan dengan mengenal pasti punca akar isu ini.
Jika budaya patriarki ini lahir daripada norma tradisi dan pandangan parokial sangat tertutup, sudah tiba masanya untuk kita secara agresif menentang pandangan racun berbahaya yang jika tidak dibendung akan melahirkan semula masyarakat sentiasa merendahkan martabat wanita yang tidak ubah seperti masyarakat zaman jahiliah.
Haissazc Shuqkin Hisham ialah exco Challenger Malaysia. -FMT

1 comment:

  1. Permisi saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang mantan TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong, Katanya udah beberapa kali minta bantuan sama dukun melalui nomer togel tapi ujung2nya tertipu hanya MBAH WIRANG yg berhasil membantu dia melalui pasang nomer togel 4D.. Disitulah saya tertarik dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D malaysia dari hasil meditasi ritual beliau. Singkat cerita alhamdulillah nomer itu betul-betul terbukti tembus sya menang RM.578.000, saya tidak menyanka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) untuk lebih jelas kunjungi forum MBAH >>>KLIK DISINI<<< muda2han masih bisa membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete