`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 7, 2017

Kumpulan 'mat motor' iring pengantin kena belasah dengan penduduk

TINDAKAN sekumpulan 'mat motor' membuat bising dengan deruman enjin motosikal mereka ketika megiringi pasangan pengantin dikatakan punca sekumpulan penduduk kawasan berkenaan yang bersenjatakan parang panjang menyerang mereka dan para tetamu yang hadir.


Majlis perkahwinan itu yang didakwa berlangsung di Gombak, menjadi kecoh dan huru-hara apabila perarakan motorsikal nampaknya tidak diterima baik oleh penduduk setempat.

Dalam sebuah rakaman video yang tersebar dan menular di laman sosial Facebook, menyaksikan sekumpulan 'mat motor' membuat bising sebelum sekumpulan penduduk kawasan perumahan Taman Melati membawa parang dan menyerang para tetamu yang hadir di majlis tersebut.


Difahamkan bahawa penduduk tidak berpuas hati sekaligus bertukar marah selepas perarakan motosikal yang mengiringi pengantin itu terlalu bising dan mengganggu ketenteraman di kawasan berkenaan.

Penduduk itu turut memusnahkan beberapa buah motorsikal, dan terus mengugut para tetamu yang hadir meskipun mereka berulang kali memohon maaf.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan, sila klik button play untuk menonton.




-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.