`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 5, 2017

Laporan: Zakir Naik tubuh syarikat palsu terima dana

Zakir Naik didakwa menerima dana dalam bentuk zakat daripada pelbagai sumber di India dan negara lain, termasuk Malaysia.
zakir-naik-india
KUALA LUMPUR: Penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik didakwa menubuhkan syarikat palsu di India dan luar negara untuk menyembunyikan dana yang diterimanya, menurut Direktorat Penguatkuasaan (ED) India.
Rangkaian televisyen India Today melaporkan pihak berkuasa mengesyaki sumber dana tersebut kerana kebanyakan nama penderma itu tidak diketahui.
Menurut laporan itu, presiden Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diharamkan di India itu, didakwa menerima dana dalam bentuk zakat daripada pelbagai sumber di India dan negara lain, termasuk Malaysia.
India Today memetik sumber sebagai berkata, nama pendermanya kekal tidak diketahui kerana resit sumbangan hanya tertera “penderma” dan IRF mempunyai pelbagai akaun untuk menerima sumbangan itu.
Laporan itu berkata, siasatan ED, agensi penyiasatan jenayah kewangan India, mendedahkan sumbangan daripada sumber tidak diketahui itu nampaknya ialah respons terhadap “ucapan berunsur kebencian” yang dibuat Zakir.
Bagaimanapun, ia dipertikaikan peguam Zakir, Mobeen Solkar yang berkata: “Ucapannya tidak berunsur hasutan atau provokatif. Walaupun ia dianggap begitu, kesalahan itu berada di bawah Seksyen 153 A Kanun Keseksaan India, yang tidak dianggap melanggar undang-undang.
“Peruntukan PMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) hanya boleh digunakan dalam kes membabitkan kesalahan yang dianggap melanggar undang-undang. Prosiding itu tidak wajar.”
Menurut laporan India Today, siasatan ED mendapati IRF mendapat banyak wang dan Zakir menggunakan beberapa syarikat palsu untuk menyembunyikan penyaluran dana yang diterimanya melalui “aktiviti haram memberi ucapan berunsur provokatif.”
India Today memetik Mobeen sebagai berkata: “Semua dakwaan itu tidak berasas. Kami memberi kerjasama dalam siasatan itu.
“ED menahan 1 orang. Tiada syarikat yang merupakan syarikat palsu. Ada di kalangannya menjalankan perniagaan dan yang lain bakal memulakan perniagaan mereka.”
Zakir yang memiliki status penduduk tetap Malaysia, melarikan diri dari India selepas namanya muncul dalam siasatan serangan pengganas di restoran Holey Artisan Bakery di Dhaka, Bangladesh, yang mengorbankan 22 orang.
Siasatan polis mendedahkan pelakunya dipengaruhi ucapan Zakir.
ED baru-baru ini memohon kebenaran sebuah mahkamah khas di Mumbai untuk menyita beberapa harta Zakir di Malaysia. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.