`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 11, 2017

Madrasah dakwa laporan bedah siasat bukti tiada penderaan berlaku

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar mengatakan laporan kerajaan membuktikan sekolah mereka tidak bersalah dalam kes yang menyaksikan seorang murid maut selepas didakwa dipukul pembantu warden.
muhammad-thaqif-MTAJPETALING JAYA: Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) mendakwa laporan bedah siasat pertama muridnya, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, membuktikan tiada penderaan berlaku di sekolah mereka.

MTAJ juga berkata laporan kerajaan itu membuktikan sekolah mereka tidak bersalah dalam kes yang menyaksikan seorang murid maut selepas didakwa dipukul pembantu warden.
“MTAJ menganggap kes ini selesai dan kenyataan perubatan dikeluarkan telah menunjukkan kebenarannya,” kata sekolah tahfiz itu dalam kenyataan hari ini.
“Sebagaimana kami yakini dan jelaskan sebelum ini berasaskan rakaman kamera litar tertutup, seluruh kawasan madrasah berada di dalam pemantauan yang baik.”
Sebelum ini, Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) Mohd Zahid Mahmood mendakwa berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terbabit, Thaqif hanya dipukul di tapak kaki sahaja.
MTAJ berkata pihaknya bersyukur dengan laporan bedah siasat itu, dan akan menambah baik tatacara operasi standard dan sistem sedia.
Polis hari ini mengumumkan tidak akan mengenakan tuduhan bunuh dalam kes kematian Thaqif yang maut selepas didakwa dipukul pembantu warden sekolahnya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata laporan bedah siasat merumuskan leptospirosis menjadi punca kematian Thaqif, yang dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah, dan bukannya akibat cedera dipukul.
Semalam, ibu mangsa Felda Wani Ahmad berkata pihaknya terkilan dengan perkembangan ini dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
“Kalau kencing tikus, kenapa nak potong kaki?” katanya ketika dihubungi FMT. “Kencing tikus mesti kesan awal. Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.”
“Saya ni cikgu. Tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Daripada arwah masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus. Tak masuk akal.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.