`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 20, 2017

Mahdzir: Guru ke taklimat, sekolah memandai arah murid bercuti

Menteri pendidikan berkata, tindakan sebuah sekolah di Ampang memberi cuti 2 hari kepada murid kerana guru menghadiri taklimat petugas pilihan raya, menyalahi amalan sejak sekian lama.
Mahdzir-Khalid-sekolahPUTRAJAYA: Pemberitahuan untuk “merehatkan” murid atas alasan guru bertugas di luar kawasan sekolah seperti dikeluarkan sebuah sekolah di Ampang, Selangor bukan arahan Kementerian Pendidikan, kata menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengulas pengedaran surat pemberitahuan di media sosial yang memaklumkan murid kelas peralihan, darjah 1 dan 2 bagi sesi pagi dan petang direhatkan pada 18 dan 19 Julai kerana sebahagian guru terlibat taklimat petugas pilihan raya, Mahdzir berkata, pengetua atau pihak sekolah terbabit “pandai-pandai” menyediakan pemberitahuan itu.
Beliau berkata, penglibatan guru dalam taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya, pihak berkuasa tempatan, majlis perbandaran atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah biasa dan tidak perlu “merehatkan” murid.
“Kita akan lakukan siasatan dalaman, tetapi yang pasti arahan sebegitu tidak boleh dibuat sama sekali,” katanya pada majlis mesra Aidilfitri kementeriannya semalam.
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri Kabinet.
Mahdzir berkata, kebiasaannya sekolah hanya perlu melaporkan hal itu kepada PPD dan ketiadaan guru terbabit bagi kelas pengajarannya perlu diganti guru lain.
“Jadi, pemberitahuan murid direhatkan 2 hari adalah tidak betul dan menyalahi amalan sejak sekian lama,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.