`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 11, 2017

MRT laluan Semantan-Kajang beroperasi minggu depan

Terdapat 14 stesen iaitu Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih and Merdeka.
mrt_600

KUALA LUMPUR: Laluan pertama Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT-1), Sungai Buloh-Kajang (SBK) antara 3 jaringan laluan rel bandar akan beroperasi sepenuhnya dengan pembukaan fasa ke-2 laluan Semantan-Kajang minggu depan.
Laluan Semantan-Kajang akan melengkapkan Laluan SBK sepanjang 51 km melalui kawasan populasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.
Fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Disember lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan Laluan Semantan-Kajang 17 Julai ini.
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, fasa ke-2 Laluan SBK sejauh 30 km itu mempunyai 19 stesen termasuk 7 stesen bawah tanah dengan majoriti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmatan rel bandar.
Daripada jumlah stesen itu, 14 stesen terletak di kawasan strategik dan berpopulasi tinggi bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar, katanya kepada Bernama.
Stesen berkenaan ialah Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih and Merdeka.
Beliau berkata stesen MRT juga dibina bagi mengintegrasikan dengan stesen Komunter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan stesen Monorel bagi meningkatkan kemudahan kesalinghubungan perjalanan untuk pengguna.
Misalnya, kata Najmuddin, pembinaan laluan pejalan kaki menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan KL Sentral bertujuan menginterasikan perkhidmatan pengangkutan di pusat bandar.
“Kesalinghubungan dengan perkhidmatan pengangkutan lain adalah amat penting bagi pengguna dan setiap stesen MRT memainkan peranan penting antara satu sama lain,” katanya.
Projek Laluan Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang dengan kos RM23 bilion mula dibina pada 8 Julai 2011, akan memberi perkhidmatan di sepanjang koridor yang mempunyai 1.2 juta penduduk.
Setiap set tren laluan berkenaan mempunyai 4 gerabak, membolehkan kapasiti sebanyak 1,200 penumpang dengan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarkan bilangan penumpang harian kira-kira 400,000 orang.
Laluan MRT Ke-2 (MRT-2) melibatkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) sepanjang 52.5km dijangka siap pada suku ke-2 2022 manakala laluan terakhir (MRT-3) melibatkan kawasan pusat bandar masih di peringkat perancangan dan pembangunan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.