`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 12, 2017

Sebat: Zaid bantah, Umno sokong, PKR…dengan syarat

Zaid Ibrahim tidak terkejut Kelantan meluluskan RUU sebat di khalayak ramai kerana PAS tidak ada apa-apa untuk ditawarkan menjelang PRU akan datang.
zaid-hududPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyifatkan tindakan Kelantan meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai sebagai tindakan terdesak.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak terkejut kerana PAS tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
“Apa yang mereka cuba jual kepada rakyat ialah PAS boleh melakukannya. Ini cuma nak tunjuk mereka Islam, oleh itu mereka mahu merotan orang di khalayak ramai,” kata Zaid kepada FMT.
Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan RUU tersebut. Ia juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama untuk menggunakan gari ke atas suspek jenayah syariah, dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Adun Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail mengalu-alukan RUU itu kerana Umno sentiasa menyokong usaha memartabatkan undang-undang syariah.
“Benda yang baik untuk umat Islam,” katanya kepada FMT, dan menambah Umno menyokong kerana tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Sementara itu, satu-satunya wakil rakyat PKR di Kelantan, Adun Guchil Mohamad Roslan Puteh berkata PKR menyokong RUU itu dengan bersyarat.
“Setuju jika menepati dan selari sebagaimana syarat dan kaedah serta perlaksanaan hukuman dalam Islam,” katanya.
Roslan sebelum ini dipuji PAS kerana menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) dilaksanakan di negeri itu, walaupun dikatakan mendapat tentangan daripada wakil rakyat PKR lain. EKJS II sebelum ini dilaporkan sebagai enakmen hudud, qisas dan takzir.
Ditemui pemberita di luar Dewan hari ini, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu diluluskan sebagai persiapan untuk melaksanakan rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, jika ia diluluskan di Parlimen kelak.
Ciri utama pindaan yang diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah meningkatkan hukuman maksimum untuk pesalah syariah, daripada 3 tahun penjara kepada 30 tahun, denda RM5,000 kepada RM100,000 dan 6 sebatan rotan kepada RM100,000.
Mengenai sebatan di khalayak ramai, Nik Amar berkata ia menepati kehendak agama “sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di depan khalayak”.
Mengulas persiapan untuk RUU 355, Zaid yang menyertai DAP Februari lalu berkata itu sekadar angan-angan PAS.
“Itu sebahagian propaganda dia. PAS tidak akan batal RUU 355 tetapi ia belum dibahas lagi,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.