`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 7, 2017

Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara

Ketua pengarah Kastam berkata, ketika ini, seramai 7,143 majikan dan pengarah syarikat berada dalam senarai dilarang ke luar negara kerana mempunyai tunggakan GST.
T-Subromaniam-1PETALING JAYA: Selain mereka yang tidak melangsaikan cukai pendapatan dan syarikat serta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini peniaga yang liat membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak dibenarkan ke luar negara, kata ketua pengarah Kastam.
Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, ketika ini, seramai 7,143 majikan dan pengarah syarikat berada dalam senarai sekatan itu kerana mempunyai tunggakan GST.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga yang tidak membayar GST membuat semakan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengetahui jika nama mereka disenarai hitamkan.
“Jika peniaga sudah melangsaikan GST, Jabatan Kastam akan segera meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan nama mereka daripada senarai itu.”
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipetik Sin Chew Daily berkata, sehingga November 2016, lebih 700,000 individu disenarai hitamkan pelbagai agensi ke luar negara.
Beliau berkata, kebanyakannya ialah mereka yang tidak membayar cukai pendapatan, pinjaman PTPTN dan individu diisytiharkan muflis.
“Jabatan Imigresen tidak membezakan jenis cukai. Jika ada orang tidak membayar cukai negara, tidak kira cukai pendapatan individu, syarikat atau GST, kami akan mengikut arahan dikeluarkan agensi berkaitan.
“Jika mahkamah memerintahkan seseorang itu tidak boleh ke luar negara, Jabatan Imigresen juga akan mematuhinya.”
Mengikut Akta GST 2014, peniaga yang tidak membayar GST akan dilarang ke luar negara sehingga mereka menjelaskan tunggakan itu.
Agensi kerajaan lain yang turut menyediakan senarai sekatan itu ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri, PTPTN, Bank Negara, Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Tenaga Manusia serta Kedutaan Malaysia di luar negara.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.