`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Thursday, July 20, 2017

Video lagu, drama pelbagai bahasa Kak Girl mencuit hati netizen

Video wanita Melayu menari dengan aksi lip sync untuk sebuah lagu Tamil sambil bersebelahan tempat pemandu dikongsi lebih 7,400 dengan hampir setengah juta tontonan.
VIDEO INSIDE
kak-girlfmt-ohsem-inside-article1Beberapa hari lalu, video seorang wanita Melayu menari dengan aksi lip sync untuk lagu Tamil sambil duduk di kerusi bersebelahan pemandu menjadi viral di laman sosial dengan lebih 7,400 perkongsian dan hampir setengah juta tontonan.
Aksi wanita yang dikenali sebagai Kak Girl sangat mencuit hati selain gelagatnya dikatakan kelakar serta comel. Lebih menarik ialah aksi suaminya yang selamba memandu kereta sambil langsung tak ambil “port” kelakuan isterinya.
Pasti semua orang teruja untuk mengetahui siapa sebenarnya Kak Girl dan video penuh hiburan beliau. FMT Ohsem berpeluang menghubungi dan menemuramahnya selain berkongsi videonya.
FMT Ohsem: Siapa Kak Girl sebenarnya?
Kak Girl: Kak Girl adalah nama samaran kepada karakter sebenar saya, seorang yang fun dan happy go lucky. Nama sebenar Kak Girl, Nur Amira Maslan dari Kampung Melayu Majidee Johor Bahru.
FMT Ohsem: Jadi apa kerjaya Kak Girl? Macam mana tergerak buat video-video ini?
Kak Girl: Saya seorang artis media sosial, dalam masa sama jual barangan secara talian. Saya menyertai aktiviti seni seperti teater dan tarian sejak kanak-kanak. Seni sesuatu yang sebati dalam diri saya.
Saya dikenali ketika menjuarai pertandingan LipSync Sinar Fm (2016) dan mula diminati, justeru menerima permintaan video parody lipsync.
Saya pernah muncul di Motif Viral Astro, Selamat Pagi Malaysia TV1 dan HMI TV3 dan pernah tersenarai sebagai antara 16 individu paling viral tulisan Rojak Daily (2016).
FMT Ohsem: Wow, kenapa pilih menjadi artis media sosial? Macam ada jual barangan sekali, adakah Kak Girl juga seorang usahawan?
Kak Girl: Saya memang suka menghiburkan orang dengan telatah saya dan memberikan yang terbaik untuk pengikut laman sosial. Walaupun menjual barang jenama tertentu, tidaklah terlalu terikat sekadar agen biasa sahaja. Saya juga buat produk review pelbagai produk dan jenama seperti bedak asas, set penjagaan wajah, kedai makan, baju saiz plus, serum, kosmetik dan banyak lagi.
FMT Ohsem: Ada apa-apa sebab tertentu ke pilih lagu-lagu India (Tamil, Telegu, Hindi) dalam video parody? Adakah Kak Girl tahu bahasa lagu yang dinyanyikan kerana lip sync amat menepati lirik lagu.
Kak Girl: Secara peribadi, saya terdedah dengan lagu-lagu India sejak kecil kerana ayah memang peminat tegar genre ini. Sedikit sebanyak lagu yang saya dengar dari filem yang saya tonton, saya memang hafal lirik. Sebenarnya lagu Tamil dan Telegu lebih susah daripada lagu Hindustan tapi sebab kerap dengar, saya dapat menghafalnya.
FMT Ohsem: Apa lagu bukan Melayu paling diminati Kak Girl?
Kak Girl: Lagu “Aa Ante Amarapulam” (Telegu) dan “Nakka Mukka” (Tamil) lagu favourite saya!
FMT Ohsem: Macam mana suami Kak Girl melihat dan menyokong anda?
Kak Girl: Dia seorang yang sporting dan tak banyak cakap. “Coolest person on earth” yang pernah saya jumpa.
Kami tak pernah rancang apa-apa, lazimnya berlaku secara spontan. Saya menyanyi, menari, suami selamba sahaja sebelah saya.
Dia tahu minat saya dan apa yang saya suka. We are just having fun!
FMT Ohsem: Kami pasti anda juga ada haters, memperli anda kerana kelakuan, saiz badan atau apa sahaja. Bagaimana Kak Girl berdepan dengannya?
Kak Girl: Pasti ada! Apa kita lakukan, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Ada netizen yang mengecam dengan pelbagai gelaran lazimnya berkaitan fizikal. Saya ok sahaja. Mungkin mereka cemburu saya lagi comel dari mereka. (Ketawa).
Orang di luar ada pelbagai pendapat, jadi tak suka tak apa. Saya hanya buat apa yang saya suka kerana ia adalah diri saya.
Bagi saya, selagi apa yang saya buat tidak melampaui batas, im cool with that.
Kepada mereka yang menyokong, mengikut dan mengikuti perkembangan Kak Girl, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga.


Syukur dikelilingi mereka yang positif dan memandang karya saya hanya sebagai satu hiburan. -FMT

No comments:

Post a Comment