`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 5, 2017

Wanita cuba viralkan isu rupanya tersebar kesalahan sendiri

SEORANG wanita menyebarkan satu rakaman video merakam kejadian bagaimana sebuah bas sekolah memintas kenderaan yang dipandunya, dan dengan sengaja menekan 'break' membuatkan dia terpaksa berhenti bagi mengelakkan kemalangan.


Jocelyn Go cuba menularkan isu itu dan menyalahkan pemandu bas sekolah tersebut kerana memandu secara berbahaya. Kiriman itu ditulis melalui akaun Facebook miliknya.

"Saya sedang dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, namun siapa tahu, terjumpa dengan pemandu bas 'gangster' di waktu awal pagi. Tak kisahlah jika dia tak mahu beri laluan. Tapi dia sengaja menekan brek supaya saya langgar basnya? Satu yang saya terfikir, kedua-dua kami sedang menghantar anak ke sekolah tapi kenapa dia tidak dapat fikirkan anak-anak orang di dalam basnya? Adakah ibu bapa rela anak-anak mereka pergi ke sekolah dengan pemandu bas seperti ini? Yang mana saya rasa tidak. Dia tunjukkan jari tengah lagi," tulis Jocelyn.

Niat Jocelyn Go mungkin mahu menunjukkan kesalahan pemandu bas sekolah tersebut sekaligus menularkannya, namun selepas menonton rakaman video yang dikongsikan, orang ramai mengecam perkongsiannya itu kerana rupa-rupanya ia telah mendedahkan kesilapannya sendiri sebelum itu.

Sebelum kejadian, video menunjukkan kenderaan yang dipandu oleh Jocelyn secara meluru memotong bas sekolah tersebut dari lorong laju paling kanan dan terus melalui susur keluar di sebelah kiri.



Akibatnya berbakul-bakul kecaman diterima oleh Jocelyn dalam kiriman tersebut.



Sumber — Jocelyn Go


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.