`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 14, 2017

AHLI MAJLIS MARA, ISMAIL SABRI SEPATUTNYA LETAK JAWATAN, KECUALI….

Walaupun Annuar Musa mengatakan beliau telah memaafkan pihak yang menuduhnya terlibat dalam rasuah berkaitan penajaan anak syarikat MARA kepada pasukan bolasepak Kelantan sehingga beliau disiasat SPRM, hakikatnya yang memulakan episod itu adalah rakan-rakan Ahli Parlimen Ketereh itu sendiri.
Ketika Annuar sedang melakukan lawatan rasmi ke New Zealand atas kapasitinya sebagai Pengerusi MARA, Majlis MARA tiba-tiba bermesyuarat secara tergempar tanpa kehadiran beliau dan mengambil keputusan menggantung jawatannya.
Mesyuarat tergempar itu dilaporkan dipengerusikan oleh Dr. Yusof Yacob dan Prof Dr. Abu Azam Md Yassin. Majlis MARA seterusnya melantik Dr. Yusof untuk memangku jawatan Pengerusi MARA.
Selain menggantung jawatannya selaku Pengerusi MAR, Annuar juga kemudian dihadapkan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman untuk beliau menjawab segala pertuduhan yang dikaitkan dengannya.
Soalnya, apakah Majlis MARA begitu berani mengadakan mesyuarat tergempar ketika Annuar berada di luar negara jika tidak mendapat restu daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob?
Kenapa Annuar diperlakukan sedemikian rupa?
Tidakkah mereka sedar Annuar adalah Ketua Penerangan UMNO, suatu jawatan yang memberi gambaran beliau adalah orang kepercayaan Najib Razak?
Namun, Annuar kini telah pun dibersihkan namanya oleh SPRM kerana agensi itu mengesahkan tidak akan mendakwa beliau berikutan kekurangan bukti untuk berbuat demikian, meskipun siasatan telah mengambil masa hampir setahun.
Annuar juga digantung jawatannya sehingga kontraknya berakhir dan kini jawatan Pengerusi MARA diambil alih oleh Dr. Awang Adek Hussin.
Maka, apa jadi kepada Majlis MARA yang menggantung Annuar sebelum ini serta kepada Ismail Sabri yang dilihat merestuinya tindakan penggantungan itu?
Di mana air muka mereka sekarang?
Apa pula hasil siasatan Jawatankuasa Audit Dalaman MARA terhadap Annuar?
Jika mereka masih ada air muka dan harga diri, Majlis MARA yang terlibat dalam menggantung Annuar dulu, termasuk jika Ismail Sabri turut terlibat memberi restu, semua mereka seharusnya meletakkan jawatan atas tindakan terburu-buru dan tidak matang itu.
Ternyata tindakan mereka adalah salah apabila SPRM akhirnya mendapati tiada kes untuk mendakwa Annuar.
Kecuali, jika mereka mahu terus bertahan dengan keputusan itu, pilihannya ialah mereka mesti segera mendedahkan hasil siasatan Audit Dalaman MARA terhadap Annuar untuk membuktikan dapatannya benar-benar berbeza dengan keputusan SPRM yang menyatakan tidak cukup bukti untuk mengaitkan Ketua Penerangan UMNO itu dengan rasuah.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.