`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 13, 2017

Kanak-kanak perempuan maut, senapang patah meletup sendiri

Kanak-kanak perempuan 8 tahun itu sedang berbaring menonton tv sebelum senapang patah milik moyangnya terjatuh lalu meletup dan mengenai muka kirinya.
Kanak-kanak-perempuan-maut-senapang-patah-meletup-sendiriALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun maut akibat terkena tembakan dari senapang patah milik keluarganya di Kampung Empat, Mukim Derang, Pokok Sena, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mangsa, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin sedang berbaring menonton televisyen di ruang tamu rumah datuknya sebelum senapang patah milik moyangnya yang berusia 80 tahun dan masih berpeluru terjatuh lalu meletup dan pelurunya mengenai bahagian muka kiri mangsa.
Bapa mangsa, Mohd Hishamuddin Azmi, 34, berkata anak sulungnya itu tinggal bersama datuk, nenek, 2 bapa dan ibu saudaranya selepas dia dan isteri, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, berpisah 3 tahun lalu.
“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di Jitra sebelum menerima panggilan telefon daripada bekas isteri kira-kira pukul 11.30 pagi tadi yang memaklumkan tentang kejadian.
“Saya terus bergegas pulang ke rumah dan saya sebak melihat keadaan anak yang terbaring di ruang tamu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.
Mohd Hishamuddin berkata kali terakhir dia menghubungi anaknya pada minggu lalu dan ketika itu anaknya menyuruhnya pulang mengambilnya untuk membeli baju dan peralatan sekolah.
“Kali terakhir saya jumpanya pada bulan lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan ketika saya menghubunginya minggu lalu, dia mengajak saya untuk membeli baju sekolahnya.
“Saya bercadang untuk membawanya membeli baju dan peralatan sekolah Jumaat ini tetapi tidak kesampaian,” katanya.
Katanya, anak sulungnya daripada 4 adik beradik itu merupakan pelajar pintar selepas memperoleh Anugerah Cemerlang selama 2 tahun berturut-turut di Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus, Wang Tepus, Jitra, dekat sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.