Orang ramai kagum melihat polis menjalankan latihan keselamatan untuk pilihan raya umum ke-14.
VIDEO INSIDE
BUKIT MERTAJAM: Sebuah bas membawa orang dipercayai “pengundi hantu” dihalang “penunjuk perasaan dari sebuah parti politik” di Bandar Perda hari ini.
Keadaan menjadi huru-hara apabila “penunjuk perasaan” mula menyerang “pengundi”.
Sebuah kereta peronda tiba untuk meleraikan “pergaduhan” tu tetapi terpaksa meminta sokongan apabila berdepan “penunjuk perasaan” yang tidak terkawal.
Beberapa minit kemudian, Pasukan Gempur Ringan (LSF) dilengkapi alat anti-rusuhan tiba di tempat kejadian.
Mereka melepaskan gas pemedih mata apabila “penunjuk perasaan” enggan bersurai dan mula menyerang anggota polis.
Video Player
Orang ramai yang berada di lokasi tergamam melihat “drama” di depan mata, sebelum tersedar ia cuma sebahagian daripada latihan polis menghadapi pilihan raya umum ke-14, yang perlu dipanggil selewat-lewatnya Ogos tahun depan.
Walaupun merasa perit gas pemedih mata yang dilepaskan dalam latihan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid gembira dengan kecekapan yang ditunjukkan pasukannya.
“Pasukan saya menjalankan tugas dengan baik dan saya harap mereka mampu berdepan sebarang situasi yang mungkin berlaku dalam tempoh PRU-14,” katanya kepada pemberita hari ini.
Nik Ros berkata 210 anggota polis dari pelbagai jabatan menyertai latihan hari ini, termasuk 60 anggota yang melakonkan watak “penunjuk perasaan”.
Beliau berkata pada hari pengundian nanti, 847 anggota dari daerahnya akan bertugas, dan tambahan 121 anggota lagi untuk tugas keselamatan tertentu di negeri itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.