`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 11, 2018

3 kakitangan pasar raya ditahan jual mercun, bunga api

Tiga lelaki yang berperanan sebagai pengurus besar, penjaga stor dan jurujual pasar raya itu ditahan dan pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM50,000 turut dirampas.
Mazlan-Lazim_polis_mercun_6006
PETALING JAYA: Tiga kakitangan sebuah pasar raya di Cheras ditahan kerana menjual mercun dan bunga api secara terbuka, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dipetik Bernama berkata, 3 lelaki berusia 25 hingga 50 tahun yang ditahan dalam serbuan 9.30 malam Jumaat itu ialah pengurus besar, penjaga stor dan jurujual pasar raya berkenaan.
Katanya, turut dirampas ialah pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM50,000.
“Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang memiliki serta menjual mercun dan bunga api melainkan mereka mempunyai lessen khas yang dikeluarkan polis,” katanya pada Majlis Pelancaran Op Selamat 12 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, 3 lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
China Press hari ini melaporkan Pasaraya Tesco dalam satu kenyataan semalam mengesahkan ia mempunyai permit sah untuk menjual mercun dan bunga api secara terbuka, selepas gambar mengenai kain rentang promosi mercun yang dijual pada harga RM16.88 sebatang tersebar di media sosial dan dipersoalkan pengguna internet.
Tesco berkata, mereka mematuhi semua peraturan dan syarat, dengan mercun serta bunga api itu diambil daripada pembekal sah yang mempunyai permit dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dan polis.
Kakitangan di Pusat Khidmat Pelanggan Tesco dilaporkan berkata, banyak cawangan Tesco di negara ini menjual mercun dan bunga api, tetapi produk itu hanya dijual menjelang Tahun Baharu Cina.
Katanya, hanya orang dewasa berusia 18 tahun ke atas boleh membeli mercun dan bunga api itu dan syarikat itu akan meminta pembeli menunjukkan kad pengenalan, jika perlu.
Hari ini, China Press melaporkan polis membuat tangkapan itu kerana pasar raya terbabit difahamkan menjual 14 jenis mercun dan bunga api, sedangkan hanya 12 jenis yang diluluskan pihak berkuasa, manakala 2 lagi ialah bahan larangan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.