`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 8, 2018

HUSAM DAN CIKGU RAHIM RAKYAT YANG TETAP MENAATI SULTAN

KHABAR paling besar dan menjadi pertuturan di Kelantan hari ini ialah penyerahan balik pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Kelantan kepada Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Husam dan Cikgu Rahim telah menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) yang memberi tahu Sultan telah mengarahkan agar pingat dan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kepada kedua mereka dipulangkan.
Husam dan Wan Rahim tidak menyerah sediri pingat itu sebaliknya diwakilkan kepada Setiausaha Amanah Kelantan, Rushdan Mustapa.
Rushdan dengan diiringi dua rakan, Jasman Jaafar dan Ir Ali Omar menyerahkan pingat berkenaan kepada Pengelola Istana Kelantan lewat pagi tadi.
Rushdan menyerahkan balik pingat ditarik.
Berita penyerahan pingat itu disedari umum apabila Husam dan Cikgu Rahim mengeluarkan kenyataan media ringkas mengenainya. Dalam kenyataan itu Husam dan Cikgu Rahim menjujung taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan dan tidak pun terkesan dengan penarikan balik pingat itu.
Sememangnya selaku rakyat mereka berdua akur dan mematuhi apa sahaja yang diperintahkan ke atasnya. Hendaknya jangan ada anasir yang cuba mengambil kesempatan atas “kerja raja” ini untuk kepentingan politik murahan.
Apa yang berlaku dan menimpa Husam dan Cikgu Rahim itu bukan sesuatu yang pelik, apa lagi mengaibkan. Sebelum ini pun sudah banyak orang yang menerima nasib sama, anugerah darjah kebesaran kepada mereka dilakukan dalam upacara gilang gemilang kemudian ditarik balik.
Antara yang dapat disebut dan diingat, ialah Ketua Penerangan Umno Hussein Ahmad, bekas Menteri Besar  Kelantan, Mohd Asri Muda juga menerima nasib sama. Selain itu bekas wakil rakyat Salor, Rusli Ibrahim juga diminta memulangkan pingat kebesaran yang dianugerakan kepadanya.
Penganugerahan pingat kebesaran kepada Husam, Cikgu Rahim dan Rusli dilakukan oleh Sultan Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra.
Kejadian itu juga berlaku di negeri-negeri lain. Sultan Selangor juga turut meminta bekas TPM Anwar Ibrahim menyerah semula darjah kebesaran yang diberikan kepadanya semasa zaman ayahandanya Sultan Hishamuddin.
Penarikan balik darjah kebesaran ini bukan sahaja di kalangan ahli politik yang dilihat berbeza pendapat dengan pemerintah semasa, tetapi ia juga melibatkan kerabat di raja. Misalnya di Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah dilantik menjadi Penasihat Majlis Perajaan Kelantan dilucutkan kedudukan itu.
Memberi dan menarik balik adalah hak orang yang memberi. Ia bukan sesuatu yang kekal sampai ke mati, sesuai dengan penganugerahan itu sendiri perkara baru, yang bukan kadim. Ia hanya sebagai lambang kebesaran sahaja. Penerima dilihat orang yang disayangi raja, dikasihi raja dan berjasa kepada mereka dan juga negeri.
Tetapi ada juga orang yang tidak diketahui apa jasa dan budi kepada negeri mendapat anugerah itu membawa gelaran Datuk. Paling “gombal” ada orang memakai gelaran Datuk dianugerah bukan kerana jasa-jasanya tetapi kerana dibayar mengikut kadar berkenaan. Ada juga yang memakai gelaran itu apabila menerima anugerah dari pembesar atau raja-raja di luar Malaysia.
Pemilikan gelaran Datuk juga bukan sesuatu yang unik dan istimewa lagi kerana jumlah pemakainya ada dimana-mana sahaja. Hari ini semua jenis manusia menerima dan memakai gelaran Datuk daripada ahli politik peringkat ketua cawangan sampai kepada penyanyi yang belum pun memiliki apa-apa album.
Justeru anugerah itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan lagi. Ia hanya penyambung panggal nama sahaja. Kata orang untuk tidak menampak nama menjadi “dogel” sangat.
Juteru baik kepada Husam dan Cikgu Rahim diharap tidak terkesan dengan penarikan baik itu. Paling penting ia tidak melemahkan semangat untuk menegur dan mengkritik kerajaan Kelantan yang dilihat tempang dan bergelumang dengan penyelewengan. Tugas menjaga negeri bukan menjadi tanggungjawab orang bergelar Datuk semata-mata tetapi kepada semua rakyat yang prihatin.
Semoga Husam dan Cikgu Rahim redha dengan apa yang berlaku dan menerimanya sebagai satu ujian daripada Allah taala. Penarikan itu juga tidak akan mengencatkan usahanya untuk melakukan perubahan di Kelantan yang kini sedang diperhatikan oleh orang banyak.
– http://msomelayu.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.