`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 9, 2018

Nak Berapa Banyak ‘Ini Kalilah’… ‘

(Sinar Harian) – ‘Inilah peluang kita yang terakhir untuk tumbangkan BN… Ini kalilah!”
Kata-kata ini sudah kita dengar pada PRU lalu, namun BN tetap gagal ditumbangkan.
Dan pada PRU kali ini, slogan ‘Ini kalilah’ kembali bergema daripada pihak pembangkang. Jadi nak berapa banyak ‘Ini Kalilah’ sampai BN dapat dikalahkan?
Demikian pandangan yang diberikan oleh Penolong Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan yang disiarkan  dalam ruangan tetapnya.
Laungan ‘Ini Kalilah’ yang dibawa oleh Pakatan Rakyat ketika PRU13 dikatakan agak berjaya. Ramai pengundi sama ada dalam bandar mahu luar bandar memberi sokongan padu kepada pakatan pembangkang berkenaan.
“Selain ‘Ini Kalilah’, slogan ‘505, Tukar Kerajaan’ juga berjaya menawan rakyat jelata terutama sekali dalam kalangan pengundi Cina.
“Akibatnya, DAP memperoleh kejayaan yang besar manakala MCA dan Gerakan mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarah. (505 bermaksud 5 Mei 2013, iaitu tarikh mengundi bagi PRU13)
“Sebaliknya, pengundi Melayu amat terkejut dengan kempen yang begitu agresif. Masyarakat Melayu masih tidak biasa dengan amalan kempen ala konfrontasi sebegitu,” tulis Tian Yan.
Menurutnya,  masyarakat  bukan menolak perubahan, tetapi mereka masih mengamalkan sifat tradisi dengan menghormati pihak yang berkuasa.
“Masyarakat Melayu masih ingin perubahan, namun bukan secara drastik. Sejak  dulu  lagi, politik orang Melayu berlaku dalam keadaan aman.
“Walaupun ditakluki oleh orang asing, orang Melayu tidak bertindak secara agresif. Oleh itu, slogan ‘Ini Kalilah’ pada PRU lalu tidak membawa banyak kesan dan perubahan kepada pengundi Melayu,” tulisnya lagi.
Dalam ruangan ini, Tian Yan turut menulis, slogan ‘Inilah peluang terakhir…’ juga tidak membawa sebarang makna.
“Kata pemimpin pembangkang, Tun Dr Mahathir sudah berumur 93 tahun, Kit Siang pun sudah 76 tahun dan begitu juga Anwar sudah 71 tahun; mereka sudah tua,  kalau gagal tumbangkan BN kali ini, tentu lain kali sudah tidak ada peluang lagi.
“Mengarut. Kalaulah masih mengharapkan Tun Dr Mahathir, Kit Siang atau Anwar, masa depan Malaysia sudah tentu tidak menjanjikan apa-apa !” tulisnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.