`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 25, 2018

Anwar tarik balik saman hak mengundi

Peguamnya, Shahid Adli Kamarudin memberitahu pemberita hari ini, notis menarik balik 2 permohonan itu difailkan pada Jumaat.
Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 13 Jun tahun lepas.
PUTRAJAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik permohonan semakan semula dan kebenaran merayu berhubung samannya terhadap tuntutan perisytiharan beliau mempunyai hak mengundi dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2015.
Peguamnya, Shahid Adli Kamarudin memberitahu pemberita hari ini, notis menarik balik 2 permohonan itu difailkan pada Jumaat.
Katanya, beliau juga memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof di kamarnya hari ini apabila kes itu ditetapkan bagi pengurusan kes.
Turut hadir pada prosiding pengurusan kes itu hari ini Peguam Kanan Persekutuan V. Krishna Priya, yang mewakili pihak defendan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengerusinya ketika itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan.
Anwar, 70, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 13 Jun tahun lepas, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan beliau mempunyai hak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu pada 7 Mei 2015.
Pada 15 Julai 2016 Mahkamah Tinggi memutuskan memandangkan Anwar adalah banduan, SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawanya ke pusat mengundi untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.
Mahkamah tersebut turut memutuskan banduan berkenaan perlu memohon kepada ketua pengarah Jabatan Penjara bagi membuat aturan yang perlu untuk membenarkan seorang banduan mengundi.
Pada 10 November tahun lepas, Anwar juga memfailkan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan beliau hadir pada prosiding pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu berhubung kes sivilnya.
Dalam afidavitnya, bekas ketua pembangkang itu menyatakan terdapat kegagalan kuorum pada panel 3 hakim sebelum ini yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Beliau mendakwa pelantikan Zulkefli sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan Presiden Mahkamah Rayuan tidak mengikut perlembagaan.
Anwar dibebaskan dari penjara pada 16 Mei lalu selepas menjalani hukuman penjara lima tahun, lebih awal daripada tempoh hukuman kerana berkelakuan baik, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bagi kesalahan meliwat.
Anwar juga diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.