`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 29, 2018

Wanita di Selangor maut ditikam anak sendiri

Dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, suspek berusia 20 tahun dipercayai menikam mangsa, Mardziah Muhamad Yusof di bahagian kepala dengan sebilah pisau.
Suspek yang tidak bekerja merupakan anak ke-6 daripada 10 beradik, dan tinggal di rumah berkenaan bersama mangsa dan bapanya serta adik lelaki berusia 12 tahun itu. (Gambar Reuters)
SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas ditikam anak lelakinya di rumah mereka di Taman Langat Utama 3, Kampung RTB Bukit Changgang, Banting petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, DSP Kamalariffin Aman Shah berkata dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, suspek berusia 20 tahun dipercayai menikam mangsa, Mardziah Muhamad Yusof di bahagian kepala dengan sebilah pisau.
“Berdasarkan siasatan, suami mangsa bersama anak lelakinya yang berumur 12 tahun baru balik dari solat Jumaat dan setelah sampai di pintu hadapan rumah, suami mangsa mendapati suspek meluru berlari keluar dari rumah dalam keadaan tangan berdarah serta hanya memakai tuala mandi.
“Suspek melarikan diri ke arah kiri jalan dan suami mangsa bertindak mengejar suspek tetapi berpatah balik ke rumah untuk melihat apa yang berlaku. Anaknya berumur 12 tahun seterusnya masuk ke dalam rumah dan mendapati ibunya berdarah di kepala terbaring di ruang dapur… suami mangsa kemudian segera hubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata suspek yang tidak bekerja merupakan anak ke-6 daripada 10 beradik, dan tinggal di rumah berkenaan bersama mangsa dan bapanya serta adik lelaki berusia 12 tahun itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.