`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, June 11, 2018

BUKAN MAHATHIR TETAPI RAKYAT AKAN TENTUKAN KELAYAKAN ANWAR UNTUK JADI PERDANA MENTERI

  1. Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad  telah mengulangi jaminan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri bila beliau bersara kelak tetapi belum pasti   beliau akan berhenti dalam masa dua tahun jika  masih ada kerja yang perlu diselesaikannya bagi mengembalikan negara ini kepada kemakmuran dan kestabilan terutamanya bagi kemantapan ekonomi.
  2. Jaminan ini melegakan majoriti  rakyat tetapi tentu tidak menyenangkan Anwar yang tidak terjamin akan jadi PM dalam masa dua tahun lagi .Ketidakpastian seperti inilah yang mendorongkan Anwar untuk membangkitkan gerakan dari dalam bagi menggulingkan Ghafar Baba dan menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri  yang memecah belahkan UMNO.
  3. Apabila Mahathir menampakkan kelonggaran tentang tarikh  bersaranya, tentunya Anwar dan juga  penyokong-penyokongnya mengingatkan  pengalaman masa lalu tetapi apa yang harus diingatkan oleh Mahathir sendiri  pada kali ini  ialah beliau sendiri  tidak boleh mempastikan Anwar yang akan menggantikannya  sebaliknya bergantung kapada rakyat yang akan memberikan pertimbangan samaada Anwar masih layak atau relevan  untuk menjadi Perdana Menteri.
Penentuan ini  adalah bergantung kepada konsensus parti-parti Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat, DAP,  Parti Amanah dan Bersatu sendiri. Lim Kit Siang tidak memikirkan kemungkinan akan berlaku lagi sengketa perebutan kuasa antara Mahathir  Anwar kerana menurut beliau  keduanya telah belajar dari pengalaman.
Katanya Mahathir bukan lagi Mahathir 22 tahun dahulu tetapi Mahathir yang bertukar dari  berpegang kepada kuasa penuh kepada seorang yang bergantung  kepada  persetujuan bersama-“He has transformed from hegemon to  cosensus builder”( Interviu Kit Siang dengan Malaysian Insight)

Harus diingatkan kemenangan Pakatan Harapan bukan kerana undi ahli parti  sahaja tetapi yang lebih besar datang dari perpaduan undi sentimen rakyat  anti Najib yang melampaui batas parti,kaum dan agama.
Mahathir  mungkin berubah tetapi adakah Anwar berubah dan belajar dari pengalaman.Kit Siang juga tidak menjelaskan apakah perubahan Anwar,
Kepada umum Anwar tidak nampak berubah dan kerana itu beliau tidak terlihat sebagai relevan dengan citarasa  semasa terutama dalam membantah kritikan Kadir Jasin  terhadap Istana. Ini mungkin kerana beliau tidak dekat dengan perkembangan semasa dan tidak mendapat maklumat terkini dengan segera dan jauh dari pergaulan politik  sekian lama kerana berada dalam penjara.
Maka itu tidak hairanlah kalau ketagihan politiknya nampak jelas  seperti tidak sabar mahu berada di tengah gelanggang dan mahu mencampuri urusan pembentukan kerajaan dan sebagainya.
Beliau mungkin tidak menyedari hal ini tetapi  dapat diciumi dan dilihat oleh  pemerhati-pemerhati  politik dan juga wartawan-wartawan  di dalam dan luar negara. (termasuk Kadar Jasin).  Akhbar Strait Times  Singapura umpamanya mendakwa perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi  adalah untuk mencairkan pengaruh Anwar disamping mengawasinya  dari dalam.
Pandangan serong orang ramai terhadap Anwar  bermula bila  orang kuatnya , Rafizi dengan berani mempersoalkan  perlantikan Kabinet  Mahathir yang didakwanya  tanpa berunding dengan PKR yang dibuat dalam keadaan Mahathir baru sahaja hendak meyakinkan rakyat terhadap kerajaan barunya.  Ini  menimbulkan kemarahan rakyat dan  menyebabkan Tun Daim mengingatkan Anwar  bahawa  pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan kerana sumbangan Dr.Mahathir  setelah gagal di masa lalu.
Rakyat merasa Anwar berada dibelakang teguran ini.
Semakin jelas menampakkan ketidak sabarannya bila baru-baru ini beliau mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil  Parlimen lebih awal dari yang dijangkakan oleh orang ramai.
Langkahnya mengadap raja-raja juga  mengejutkan  umum dan diluar jangkaan  para wartawan yang mengetahui situasi antara Istana dan Mahatir selepas PRU 14.
Beliau mengambil kesempatan untuk menyerang balas teguran wartawan Kadir Jasin dalam pekara ini dengan menggunakan alasan ketidaktertiban Kadir kerana  menegur perbelanjaan besar Istana Negara tetapi sebenarnya beliau tersinggunng kerana Kadir tidak dapat menerima alasannya menemui raja-raja untuk memberikan jaminan terhadap keselamatan dan keselesaan mereka yang dilihat oleh Kadir sebagai tidak perlu.
Dari pengalaman saya dan lain-lain wartawan, Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri  tidak mempunyai toleransi terhadap kritikan  media dan orang-orang media yang tidak sependapat dengannya. Beliau mempunyai team wartawannya sendiri yang terbentuk dari akhbar dan TV3.
Sikapnya dimasa lalu  adalah bertentangan sama sekali dengan berita utama muka 1 akhbar Sunday Star hari ini  yang memaparkan Anwar  memberi jaminan kepada media dan rakyat  tidak akan menyekat kebebasan mereka untuk  bersuara dan sanggup menerima perbezaan pendapat.Tajuk berita itu GO AHEAD AND CRITICIE
Katanya adalah penting untuk tidak kembali kepada masa lalu yang mengancam mereka yang memberikan pandangan yang berbeza.
Dalam hal ini adakah beliau mengingatkan dirinya sendiri atau menampakkan dirinya berada dalam denial syndrome kepada wartawan-wartawan yang rapat dengannya atau yang bekerja di zamannya. Tentunya Kadir Jasin ketawa besar membaca berita ini.
Di bawah ini saya perturunkan sebahagian sahaja dari komen-komen kepada posting saya terdahulu yang bertajuk :Wartawan bimbang terhadap toleransi bakal PM kepada suara bebas. Kebanyakannya tidak bersetuju untuk Anwar menjadi PM tetapi saya harap ini akan membuka fikiran saudara Anwar untuk sesuaikan diri dengan kehendak semasa.
– http://zamkata.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.