Asri Zainul Abidin berkata, pertemuan lebih sejam itu bertujuan memberi pandangannya berhubung pendekatan Islam yang sepatutnya untuk kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan.
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata isu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), fatwa dan anak luar nikah dibinkan nama bapa kandung dibangkitkan dalam pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.
“Bincang pendekatan Islam yang sepatutnya bagi negara yang baru ini dan saya juga mengutarakan pandangan islam lebih adil yang merangkumi semua pihak, bukan saja Muslim, tetapi bukan Muslim.
“Apakah wacana yang sepatutnya kita bincangkan bagi pendekatan yang lebih sesuai merangkumi semua rakyat yang bukan hanya berpihak kepada satu-satu pihak sahaja,” katanya selepas pertemuan lebih sejam di Menara Ilham.
“Antara pandangan yang diminta adalah mengenai isu fatwa, pandangan fatwa lebih luas dan pandangan Perlis tentang isu hak penjagaan anak yang lebih luas, tentang anak bawah 6 bulan yang dinafikan hak bin.”
Asri berkata, terpulang kepada Majlis Penasihat Kerajaan sama ada mahu menerima pandangannya atau tidak.
Beliau tiba di Menara Ilham pada 9.57 pagi dan keluar dari bangunan itu pada 11.15 pagi tadi. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.