`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 22, 2018

Peguam: Kulasegaran hantar isyarat salah jumpa KPN isu Indra Gandhi

Bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata beliau mewakili Indra Gandhi sebagai pengundi bagi mendapatkan semula anak wanita tersebut.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata sebagai penjawat awam, Kulasegaran tidak boleh mewakili kepentingan undang-undang bekas anak guamnya, guru tadika M Indira Gandhi.
PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran silap dengan membuat kenyataan umum bahawa beliau akan berjumpa Ketua Polis Negara untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan dalam kes penukaran agama sepihak, kata seorang peguam.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata sebagai penjawat awam, Kulasegaran tidak boleh mewakili kepentingan undang-undang bekas anak guamnya, guru tadika M Indira Gandhi.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, yang juga seorang peguam, mewakili Indira bagi membatalkan sijil penukaran agama 3 anak beliau, Tevi Darshiny, Karan Dinesh dan Prasana Diksa.
Haniff berkata Kulasegaran bukan lagi seorang pengamal undang-undang sebaik sahaja dilantik sebagai menteri yang dibayar gaji.
“Sebagai menteri sumber manusia, bidang kuasa beliau terhad kepada portfolio dipegangnya. Pasukan polis berada di bawah bidang kuasa menteri dalam negeri,” katanya.
Haniff berkata kenyataan Kulasegaran memberi gambaran beliau menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan yang tidak ada kena mengena dengan kementerian beliau.
“Beliau tidak mempunyai hak untuk membuat kenyataan akan berjumpa KPN bagi menyegerakan usaha mengesan Prasana untuk dikembalikan kepada ibunya,” tambah beliau.
Haniff berkata perlu diingat kerajaan Pakatan Harapan berjanji mahu mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menghormati doktrin pemisahan kuasa dalam menjalankan tugas pentadbirannya.
Kulasegaran membuat kenyataan mahu berjumpa Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun minggu lepas, 2 tahun selepas Indira mendapat perintah mahkamah menghendaki polis mengesan Prasana, kini 9 tahun.
“Kita menghadapi kesukaran mengesan (Muhammad Riduan Abdullah) tetapi kita akan cuba sebaik-baiknya untuk mencapainya,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan hari lahir ke 99 bekas presiden MIC, Tun V T Sambanthan di Ipoh Jumaat lepas.
Ketika dihubungi Kulasegaran berkata beliau membuat kenyataan berkenaan atas kedudukannya sebagai seorang Ahli Parlimen kerana Indira merupakan pengundi di kawasan pilihan raya beliau.
“Saya perlu tangani masalah dihadapi pengundi di Ipoh Barat walaupun saya dilantik sebagai menteri,” katanya.
Kulasegaran yang juga merupakan naib pengerusi DAP kebangsaan berkata beliau bukan lagi seorang peguam dan Majlis Peguam telah dimaklumkan tentangnya.
“Haniff tidak harus salah anggap tentang peranan saya hanya kerana saya kini seorang menteri kerajaan persekutuan. Saya boleh berjumpa Fuzi atas kedudukan sebagai Ahli Parlimen,” tambahnya.
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan KPN menangkap Riduan kerana menghina mahkamah selepas beliau gagal menyerahkan Prasana kepada Indira.
Awal tahun ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan pasangan yang memeluk agama Islam perlu mendapatkan persetujuan pasangan bukan-Islamnya sekiranya mahu menukar agama anak bawah umur mereka kepada Islam.
Ia juga membatalkan sijil pemelukan agama Islam anak Indira yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf di Ipoh.
Riduan menukar agama anaknya kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira selepas beliau memeluk agama Islam.
Pada 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira hak penjagaan penuh ke atas anaknya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.