`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 27, 2018

PROGRAM KU LI BERTEMU PERWAKILAN UMNO DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Program kempen dan bertemu perwakilan yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah ke beberapa negeri menjelang pemilihan UMNO pada 30 Jun terus mendapat sambutan hangat.
Antara negeri yang sudah dikunjungi oleh Tengku Razaleigh setakat ini ialah Wilayah Persekutuan, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor serta Sabah.
Esok 27 Jun, Ku Li akan meneruskan lagi kempennya ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Sambutan perwakilan terhadap Ku Li sehingga ini menggambarkan wujudnya keyakinan yang makin berkembang terhadap beliau dalam  percubaannya untuk memimpin UMNO berbanding dua lagi pesaingnya, Zahid Hamidi dan juga Khairy Jamaluddin.
Ku Li dilihat benar-benar serius dan ikhlas untuk memulihkan UMNO berikutan komitmennya untuk menjadi Presiden UMNO hanya selama sepenggal saja sebelum menyerahkan jawatan itu kepada penggantinya yang lebih muda dalam pemilihan yang seterusnya.
Dengan komitmen itu, beliau bukanlah seperti pencabarnya yang lain yang semata-mata mahu mengetuai UMNO bagi mengejar jawatan Perdana Menteri, termasuk ada yang sanggup memancing undi dengan janji kononnya mampu mengembalikan UMNO sebagai kerajaan semula sebelum pilihanraya akan datang.
Adakah wajar seorang bakal Presiden UMNO menjanjikan untuk menjadi kerajaan melalui pintu belakang tanpa komitmen kukuh untuk memulihkan kekuatan parti yang sebenar?
Dalam tempoh sepenggal itu, berdasarkan pengalamannya, Ku Li berharap dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO, melatih pengganti berwibawa, selain mengumpul dan menyusun semula semua aset parti bagi membiayai segala aktivitinya.
Berikutan kekalahan BN pada pilihanraya 9 Mei lalu, UMNO yang dipimpin oleh Pemangku Presiden, Zahid Hamidi telah memutuskan untuk menghentikan serta merta bantuan bulanan RM10 ribu kepada setiap bahagian dan RM5 ribu kepada sayap-sayap Wanita, Pemuda dan juga Puteri.
Keadaan itu memperlihatkan aset UMNO selama ini tidak diurus dengan baik sehingga sebaik saja ia hilang kuasa, UMNO dilihat terus miskin dan papa kedana serta tiada sumber kewangan untuk membiayai aktiviti parti di peringkat akar umbi.
Untuk itu, kehadiran Ku Li menawarkan diri untuk mengetuai UMNO menjelang PRU15 akan datang disambut dengan baik oleh perwakilan seluruh negara kerana dengan pengalaman luasnya dalam pelbagai bidang sebelum ini dipercayai mampu menggemilangkan parti berbanding kepimpinan sementara sedia ada.
– http://shahbudindotcom.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.