`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 20, 2018

Sindiket dakwa jual lesen memandu ‘sah’ tanpa ujian JPJ

Sindiket itu mendakwa pelanggan boleh mendapat lesen dalam 4 hari dan maklumat akan dimasukkan dalam sistem JPJ supaya mereka boleh memperbaharui lesen memandu di pejabat pos apabila tamat tempoh.
Senarai harga bagi pakej lesen pasaran gelap yang ditawarkan sindiket itu.
PETALING JAYA: Sebuah sindiket menjual lesen memandu atas talian secara terbuka kepada orang ramai tanpa perlu menghabiskan masa belajar memandu dan menjalani ujian di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
China Press melaporkan pelanggan hanya perlu memberikan gambar, dokumen dan maklumat peribadi serta membayar kos ditetapkan, sebelum mereka boleh mendapat lesen memandu pasaran gelap itu dalam masa 4 hari.
Menurut laporan itu, sindiket berkenaan mendakwa ia adalah lesen memandu sah dan maklumat pelanggan akan dimasukkan dalam sistem JPJ supaya mereka boleh memperbaharui lesen memandu di pejabat pos apabila tamat tempoh.
Hasil semakan ke atas https://servislesen.com/pakej-lesen/ mendapati pelanggan boleh mendapatkan lesen memandu semua kelas dengan bayaran antara RM990 hingga 6,500.
Kos itu jauh lebih tinggi, iaitu hampir 3 kali ganda daripada bayaran dikenakan institut memandu, contohnya RM990 berbanding RM350 untuk lesen motosikal B2 dan RM1,990 berbanding RM1,150 bagi lesen kereta manual D.
Bagaimanapun, sindiket itu tidak akan melayan permohonan pelanggan yang disenaraihitamkan JPJ dan semua urusan hanya dibuat melalui laman web itu.
Menurut laman web itu, terdapat 2 pemohon ketika ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.