`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 21, 2018

Wahid Omar tinggalkan PNB kerana pertahan GST?

Menurut sumber, kritikan pengerusi PNB itu terhadap penghapusan cukai penggunaan menyebabkan kedudukan beliau bercanggah dengan pentadbiran sekarang.
Dalam surat bertarikh 7 Mei lepas, Wahid berkata penghapusan GST akan menyebabkan kerajaan berhadapan 3 pilihan yang boleh menggugat ekonomi negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar dijangka meletak jawatan awal bulan depan berikutan kritikannya terhadap rancangan penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum pilihan raya umum 9 Mei lepas, menurut sumber yang rapat dengan beliau.
Dalam surat bertarikh 7 Mei, Wahid mengkritik penghapusan GST, yang disambut dengan respons daripada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada hari berikutnya.
Sumber memberitahu FMT, langkah Wahid mempertahankan GST menyebabkan kedudukan beliau bercanggah dengan pentadbiran sekarang.
“Beliau mungkin diminta berundur kerana pendiriannya berlawanan dengan pentadbiran sekarang tentang cara bagaimana negara harus ditadbir. Wahid percaya tanpa GST, negara akan berhadapan dengan masalah lain,” kata sumber.
Sumber lain berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masalah dengan Wahid kecuali tentang cara bagaimana ekonomi negara perlu diurus.
Dalam suratnya, Wahid berkata penghapusan GST akan menyebabkan kerajaan berhadapan 3 pilihan yang boleh menggugat ekonomi negara.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pilihan tersebut adalah menaikkan kadar cukai pendapatan atau memperkenalkan cukai baru seperti cukai keuntungan modal; meningkatkan defisit fiskal kepada 5% atau mengurangkan perbelanjaan kerajaan, termasuk perbelanjaan pembangunan.
Daim menjawab surat tersebut dengan berkata Pakatan Harapan (PH) akan mendapatkan nasihat pakar sekiranya gabungan politik itu mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya tersebut.
Beliau berkata Wahid sepatutnya menumpukan perhatian kepada tugasnya memimpin PNB dan membiarkan kerajaan baru mengurus ekonomi negara.
Daim, yang kini mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, juga berkata perancangan ekonomi yang baik penting supaya rakyat tidak terjejas. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.