`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 18, 2018

JIKA BENAR UMNO JUGA MAHU ANWAR JADI PERDANA MENTERI, KENAPA TIDAK PARTI ITU YANG KOSONGKAN KERUSI?

Semakin hari berlalu, walaupun di mulutnya berkata tidak mahu tergesa-gesa, tetapi riak ikan di air jelas memperlihatkan Anwar Ibrahim sudah tidak sabar lagi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.
Terbaru, beliau menyatakan banyak pihak datang menemuinya dan sedia mengosongkan kerusi masing-masing bagi memberinya laluan bertanding sebagai Ahli Parlimen.
“Sejak kembali dari Turki, berpuluh Ahli Parlimen datang jumpa saya dari semua parti dan kita berbeza pendapat semasa pilihanraya, tetapi kita tidak ada permusuhan peribadi,” kata beliau.
Beliau seterusnya menyebut, antara Ahli Parlimen yang datang menemuinya dan sedia mengosongkan kerusi itu adalah daripada Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan juga Kedah.
Beliau sekali lagi mengulangi, ia bukan saja daripada Ahli Parlimen PKR, tetapi merangkumi semua parti.
Perghhh…hebat…
Selain itu, Anwar juga mengatakan keinginannya untuk menjaga Parlimen dan menguruskan sebarang pembaharuan institusi itu meskipun beliau tidak berada dalam kerajaan.
“Biar Tun Mahathir memberi tumpuan dalam mentadbir negara,” tambah Anwar yang baru-baru ini disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR.
Dalam waktu yang sama, Anwar terus mengulangi kenyataan bahawa beliau buat masa ini tidak mahu tergesa-gesa untuk menjadi Ahli Parlimen.
“Sebaik ada keputusan untuk saya bertanding dan menjadi Ahli Parlimen, saya akan maklumkan terlebih dahulu perkara itu kepada Tun Mahathir,” tegas Anwar.
Daripada beberapa kenyataan Anwar kebelakangan ini, sekali imbas memang ia memperlihatkan seperti beliau masih boleh bersabar dan tidak mahu tergesa-gesa untuk menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi jika diteliti gerak langkahnya pula bagai memberi gambaran beliau begitu ingin untuk menggantikan Tun Mahathir secepat mungkin yang boleh.
Selain dilihat kerap menemui pelbagai pihak dalam masyarakat untuk mengukuhkan kedudukannya, gaya kempen yang digerakkan oleh kem Rafizi Ramli dengan menyasarkan kecaman kepada Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan Azmin Ali dianggap banyak pihak sebagai tindakan “baling batu sembunyi tangan” oleh Anwar sendiri.
Anwar sendiri tidak menghalang gaya kempen sedemikian rupa, malah tegurannya yang mengingatkan pihak yang bertanding menggunakan etika, tidak memfitnah dan tidak menggunakan kedudukan untuk meraih undi, tidak lebih sekadar teguran biasa-biasa saja.
Yang lebih menarik, UMNO sendiri, meski berbeza parti, turut mahu Anwar cepat-cepat menjadi Perdana Menteri.
Zahid Hamidi sebelum ini secara terbuka menzahirkan keyakinan Pakatan Harapan akan tumbang dan UMNO akan kembali menjadi kerajaan sebelum PRU15.
“Saya baik dengan semua orang, termasuk orang yang baru keluar penjara,” katanya yang jelas merujuk kepada Anwar.
Annuar Musa pula menyatakan negara kini memerlukan Anwar sebagai Perdana Menteri bagi memastikan kedudukan Melayu dan Islam tidak terus terancam.
“Hanya Anwar yang mampu memulihkan keadaan, malah sejak dulu lagi perjuangannya cukup kejap dalam isu Islam, Melayu, Raja-Raja dan ummah,” tambah Ahli Parlimen Ketereh itu lagi.
Tidak ketinggalan, Ahmad Maslan juga mahu Anwar cepat-cepat menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.
Berucap di Parlimen, Ahmad berkata, beliau berharap akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi bagi membolehkan pemberian bantuan dan elaun kepada petani dapat disegerakan.
Tidak dipastikan apakah tindakan beberapa pemimpin UMNO begitu beria-ia mahukan Anwar jadi Perdana Menteri itu hanya untuk menyakitkan hati Tun Mahathir atau kerana keyakinan terhadap Presiden PKR itu atau sememangnya ada perjanjian sulit di belakang tabir antara kedua-dua pihak.
Yang peliknya, sementara mereka ghairah melonjakkan nama Anwar itu, mengapakah tidak pernah kedengaran ada pemimpin UMNO mahu Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri?
Tetapi, jika benar UMNO mahukan Anwar cepat-cepat jadi Perdana Menteri, mengapa tidak parti itu saja yang menawarkan satu kerusi Parlimen paling selesa dan selamat untuk ditandingi oleh Presiden PKR dalam waktu terdekat ini?
Kenapa takut untuk mengorbankan satu kerusi demi Anwar, sedangkan beria-ia mahu beliau cepat-cepat jadi Perdana Menteri?
– http://shahbudindotcom.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.