PENGARANG Sarawak Report dilapor mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendedahkan siapa yang membayar wang tunai sebanyak RM2.5 juta kepada Pas.
Clare Rewcastle Brown juga meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah kepada ahlinya lapor Astro Awani.

Clare menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai tidak konsisten berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari Umno kepada Pas.
"Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. Dedahkan sumber kewangan. Cabaran pertama saya, siapa yang bagi RM2.5 juta? Menerusi bukti saya kepada mahkamah, Saya telah berikan perincian bukti,"
"Saya memberikan perincian bukti bermakna saya serahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab yang mana Ia juga kini terdapat di dalam talian,"

"Jadi kenyataan beliau dilihat tidak konsisten. Justeru perkara pertama yang harus dilakukan Pas adalah mengatakan sama ada mereka tahu siapa yang memberi mereka RM2.5 juta yang masuk ke dalam akaun mereka sebelum pilihan raya secara tunai atau menafikannya,"
"Jika mereka kata tidak atau menafikannya kenapa mereka boleh memberitahu orang yang mereka tahu bukan UMNO yang memberikan wang tersebut,"
"Jadi persoalan juga, mengapa mereka menerima wang tunai begitu banyak daripada orang yang mereka tidak tahu siapa. Itu cabaran saya kepada PAS," katanya lapor Astro Awani.
Katanya, kewajipan untuk mengemukakan bukti pada ketika ini adalah di tangan Pas bukan dirinya.
"Kenapa saya perlu memberikan butiran itu? Pas yang perlu membuka akaun mereka menunjukkan wang apa yang masuk, tunjukkan dari mana sumbernya dan dibelanjakan untuk apa,"
"Bagaimanakah mereka mendapat wang untuk bertanding di beberapa kerusi pada pilihan raya lalu? Maksud saya mereka hanya perlu menjelaskan kesemuanya, jadi kita boleh yakin bahawa ia adalah wang yang mana Ia adalah dari ahli-ahlinya seperti yang mereka dakwa," tambahnya.
Sumber — milosuam

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.