`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, February 10, 2019

Rakyat Merungut Susahnya Nak Daftar Borang Bantuan Sara Hidup (BSH) Sekarang.

Image result for bantuan sara hidup (bsh) 2019

"Sijil Nikah pun nak juga ke ?,"itulah antara luahan netizens apabila mencertikan kerumitan mengisi Borang Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2019.


cousin aku tlg update utk tokwan punye bsh tu.. dia nak tau tarikh nikah tokwan😂 mamposs.. org tua tu dah bercicit entah mana pegi sijil nikah dia pon tak ingat dah

"Sepupu aku tolong kemaskini untuk tohwan punya BSH. Dia nak tahu tarikh nikah tokwan. Mampos. Orang tua dah bercicit entah mana pergi sijil nikah dia pun tak ingat dah," kata Khairi KJ di Twitter.

Sally juga menulis, "BSH menyusahkan, Kena scan/photostat sijil perkahwinan kalau nak mohon atau kemaskini. BR1M dulu takde pun. Teruk betul," katanya.

"Tersangat menyusahkan Datuk Seri. Bayangkan kalau orang tua tak simpan lagi sijil nikah tak akan turun naik jabatan agama nak cek sijil itu. Lepas tu nak ke LDHN lagi update segala, datang LDHN bukan terus selesai, mesti penuh dan ramai, UTC sekarang bukan buka sampai malam macam dulu..Sian eh...," katan Erdie.

Haritu bawak mak kemaskini. Terdengar perbualan orang sebelah dengan pegawai LHDN. Nenek itu datang 30km sampai-sampai pegawai itu mintak sijil nikah.. nenek itu mampu geleng kepala je bila pegawai mintak nenek balik ke rumah dan bawa semula sijil nikah dia, komen Mohd Najib.

Pihak kami difahamkan pendaftaran BSH cara baru ini adalah antara langkah usaha kerajaan untuk memastikan hanya yang benar-benar layak  mendapatkan bantuan  membuat permohonan. Bagaimanapun, kerajaan yang baik adalah kerajaan yang tidak boleh mengabaikan rungutan rakyat.

Apatah lagi setengahnya  beranggapan sebegini :

"Teknik menyusahkan rakyat mendapat bantuan Kerajaan seperti diatas ini dinamakan sebagai "Means Testing".

Means Testing adalah teknik Kerajaan NeoLiberal yang tak mahu bagi bantuan kepada rakyat tapi takut dikecam rakyat, maka Kerajaan NeoLiberal akan menyusahkan rakyat untuk mendapat akses kepada bantuan menggunakan kaedah berbentuk birokrasi yang dinamakan sebagai Means Testing," kata Anas Abdul Jalil - 10 Februari 2019.

dipetik dari AmenoWorld.

Komen:

Kerajaan PH patut membuat permohanan BSH sesenang dan tak susahkan rakyat.

Kalau tak memudahkan tanpa scan atau fotostat dokumen Sijil Nikah atau Sijil Cerai atau Sijil Kematian secepat mungkin, kemungkinan PH akan kalah di GE15 kerana menyusahkan rakyat miskin untuk mendapat bantuan sara hidup.

1 comment:

  1. Betul menyusahkan.

    Aku tolong seorang makcik tua tinggal bersaorangan, kemaskini permohonan BSH online. Dia penerima BR1M setiap tahun. Sukarnya ialah:

    1. Perlukan TAC, macam buat transaction credit card! Terpaksa cari orang yang pernah tolong (guna telephone dia) yang makcik dah tak ingat siapa.
    Sepatutnya password pun dah cukup macam kwsp.

    2. Perlukan attachment sijil lahir anak2 dan sijil kematian suami.
    Ini kemaskini bukan permohonan baharu! Sepatutnya hanya ada pilihan click confirmation or additional information buttons.
    Adakah tiada verification procedure menggunakan mykad (pemohon, pasangan & anak2) atau adakah mykad tidak menyimpan critical identify sesaorang individu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.