Perdebatan mengenai kuasa Raja atau Sultan dalam melantik Menteri Besar berterusan lagi berikutan perletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor, baru-baru ini.
Sebenarnya perdebatan ini adalah sia-sia saja.
Sebabnya ialah kerana negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan bukan Raja Mutlak.
Apabila disebut Raja Berperlembagan bermakna Raja tertakluk kepada undang-undang serta perlembagaan dan hanya menjalankan tugasnya atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat.
Dalam perlembagaan juga disebut bahawa Menteri Besar mesti dilantik dari kalangan Adun daripada parti yang menang dalam pilihanraya.
Nama Adun itu kemudian dicadang atau dipersembahkan kepada Sultan atau Raja untuk diterima dan dipersetujui sebagai Menteri Besar.
Ada kalanya nama yang dicadangkan itu terus diterima dan ada kalanya juga ditolak oleh istana.
Apabila ditolak ditolak, istana biasanya akan meminta nama lain untuk dicadangkan.
Dalam sesetengah keadaan, terdapat juga pihak istana yang meminta parti yang menang pilihanraya mengemukakan lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.
Berdasarkan semua keadaan itu jelas memperlihatkan bahawa pihak yang berkuasa melantik Menteri Besar ialah parti yang menang pilihanraya dan bukannya Sultan atau Raja.
Sultan atau Raja hanya diperlukan untuk mendapat pengesahan dan persetujuan semata-mata.
Meskipun persetujuan dan pengesahan istana diperlukan dalam perlantikan itu, tetapi ia mesti terikat dalam lingkungan nama yang dicadangkan oleh parti yang menang dalam pilihanraya.
Sultan atau Raja tidak boleh sama sekali melantik mana-mana Adun mengikut sesuka hati baginda sebagai Menteri Besar tanpa persetujuan parti yang menang pilihanraya.
Jika benar Sultan ada kuasa, pernahkah kita dengar Sultan atau Raja mahukan Adun daripada parti yang kalah pilihanraya untuk dipaksa setuju sebagai Menteri Besar?
Lebih daripada itu, jika benar Sultan atau Raja berkuasa melantik Menteri Besar, ia dengan sendirinya bermakna negara kita bukan lagi mengamalkan demokrasi berperlembagaan.
Dalam erti kata lain, pilihanraya pun tidak perlu diadakan lagi setiap lima tahun sekali.
Adanya pilihanraya dan perlunya sesebuah parti menang pilihanraya ialah untuk membolehkan wakil mereka dilantik sebagai Menteri Besar dan menguruskan pentadbiran sesebuah negeri.
Meskipun ada pihak tertentu, termasuk peguam yang berhujah bahawa Sultan atau Rajalah yang sebenarnya berkuasa melantik Menteri Besar, hujah tersebut sebenarnya tersasar daripada hakikat sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.
Dakwaan yang mengatakan persetujuan daripada Raja atau Sultan dalam soal perlantikan Menteri Besar adalah “konvensyen” semata-mata, sedangkan sebenarnya ia adalah kuasa Raha atau Sultan tidak tepat sama sekali kerana “konvensyen” itu sendiri ditiru daripada British.
Jika ia datang daripada British bermakna ia bukanlah Sistem Raja Mutlak.
Lagi pun, jika benar Raja atau Sultan betul-betul ada kuasa penuh dalam melantik Menteri Besar, ia tidak perlu bersandarkan kepada mana-mana hujah atau “konvensyen” sekali pun, sebaliknya lantik saja sesiapa yang dikehendaki istana.
Secara mudah dan jelas, selagi negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan, bermakna kuasa melantik Menteri Besar adalah ditentukan oleh parti yang menang dan diberi mandat oleh rakyat.
Bagaimanapun, sepertimana yang disebut oleh Anwar Ibrahim semalam, persetujuan daripada Sultan atau Raja adalah diperlukan sebelum majlis angkat sumpah dapat diadakan.
Oleh itu, kepada mana-kelompok atau penyokong parti mana sekali pun, berhentilah berdebat mengenai perkara sia-sia ini.
Semuanya sangat jelas dan telah tertulis dalam Perlembagaan.
-https://shahbudindotcom.net
Tengok lah nanti.Akhirnya pilihan Sultan juga yang akan di lantik sebagai MB Johor.
ReplyDeleteKaji & renungkan kes terdahulu di Perlis,Selangor,Terengganu.Pilihan sape?pilihan Sultan juga yang dapat.
sultan pilih dari senarai
ReplyDelete