`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2019

Bijaknya CHINA Oleh Alex F.

Image result for china

China ialah sebuah negara komunis atau boleh juga dipanggil one Party Capitalist. 

Walaupun China tu komunis, takdelah pula China jumud berniaga atau belajar mencari ilmu hanya dengan negara komunis. 

Atau minta negara komunis lain boikot negara ber ideologi lain. 
Takdelah pula China sempitkan 'ummah' komunis mereka. 

China sangat open tentang ekonomi dan ilmu. 

China belajar dengan Apple, Samsung, Volvo, Daimler Chrysler, Panasonic, Sony dll. 

China masuk ke negara2 miskin, negara2 yang dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika seperti Sudan, Iran, Cambodia, dll. 

China jalin kerjasama dengan banyak negara2 Islam seperti Indonesia, Malaysia, Saudi Arabia dll. 

China juga sedang giat belajar BAHASA INGGERIS. 

Masakan tidak, produk2 China sudah pasti memerlukan bahasa Inggeris dan lihat saja kejayaan Jack Ma yang hebat berbahasa Inggeris melalui syarikat ALIBABA nya. 

China tidak jumud tetapi fleksibel. 

Di Malaysia, seorang CEO dari China berjaya 'membetulkan' pekerja PROTON yang majoritinya orang Melayu tanpa perlu bermain retorik dan sentimen. 

Sangat fokus pada efficiency dan produktiviti. 

Secara tiba2 jualan Proton meningkat dan menjadi luarbiasa. 

Adakah CEO China komunis ini jumud seperti orang kita? 

Waima dengan negara gergasi yang 'champion' kan demokrasi seperti Amerika juga China tidak bermusuh. China masih bagi ruang untuk berbincang. 

Hari ini China sangat kuat, kaya dan hebat. 
China juga sudah menjadi gergasi. 

Betapa bijaknya China dan bodohnya negara-negara atau 'ummah' yang menyempitkan pasaran, ilmu dan hubungan sesama MANUSIA lain waima berlainan bangsa atau agama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.