`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 23, 2019

Lelaki ugut bunuh Exco Perak dibebas dengan jaminan polis

Howard Lee turut menerima satu lagi ugutan bunuh ‘saya akan panggang kamu’ daripada individu tidak dikenali menerusi Instagramnya. (Gambar Facebook)
IPOH: Seorang lelaki yang ditahan Isnin lalu kerana disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Exco Perak, Howard Lee dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadapnya selesai sehari sebelum reman 4 harinya berakhir hari ini.
Ketua Polis Perak, Razarudin Husain berkata suspek berusia 35 tahun itu dibebaskan petang semalam.
“Sepatutnya suspek direman sehingga hari ini, namun siasatan ke atasnya telah selesai, jadi kita beri jamin semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Polis menahan lelaki itu susulan laporan polis yang dilakukan pegawai Lee, selepas ketua Pemuda DAP itu menerima ancaman melalui tangkap layar satu kumpulan WhatsApp dan dihantar kepadanya.
Lelaki itu kemudian direman 4 hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mengenai satu lagi ugutan bunuh menerusi mesej yang dihantar individu tidak dikenali di Instagram Lee, beliau berkata, tiada tangkapan lain melibatkan dakwaan itu.
Razarudin berkata, polis tidak menerima laporan daripada pihak Lee berhubung perkara itu.
Lee dilaporkan berkata, beliau memaafkan individu yang melakukan ugutan bunuh terhadapnya dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.
Mesej yang dihantar menerusi Instagram Lee tertera perkataan “saya akan panggang kamu”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.